Wednesday, September 24, 2008

..Ramadhan 25....

Assalamualaikum sahabat2 dan adik2 ,
pejam celik pejam celik dah sampai Ramadhan 25 kan .... Apakah kita menemui malam Lailatul Qadar atau terlepas....Sama2 lah kita doa k.....
Muhasabah diri... dari segi amalan , tadarus , kualiti puasanya dsb....

jujurnya gue rasa terkilan sdkit... ada rasa kekurangan dari segi amalan tahun ni... ujian kesakitan hampir sebulan ....get easily lethargic .... jadi bnyak masa gue habiskan untuk tido...

cemburu pada shbt2 lain yg cergas... leh wat macam2 amalan sunat....
banyaknyer pahala mereka... banyaknya tanda kesyukuran mereka....


bertali arus dugaan tiba , menakung sebak airmata , namun x pernah pun setitik , gugur berderai dipipi , tidak ditempah hidup sengsara , suratan nasib yang melanda , menongkah badai bergelora, diredah bersendirian

bagaikan camar pulang senja, patah sayapnya tetap terbang jua , sekadar secicip rezeki , buat sedang rindu menanti , segenggam tabah dipertahankan buat bekalan di perjalanan, kau bebat luka yg berdarah , kau balut hearty yg calar

telah tertulis suratan nasibmu , derita buatmu ada hikmahnya , terlukis senyum dibibir lesu, x siapa tahu heartymu , biarpun keruh air di hulu , mungkinkah jernih di muara , biar pun jenuh hidup dipalu , pasti bertemu tenangnya ..............

tidak ditempah hidup sengsara , suratan nasib yg melanda, menongkah badai yg bergelora, diredah bersendirian , bagaikan camar pulang senja , patah sayapnya tetap terbang jua , sekadars ecicip rezeki buat yg sedang rindu menanti , segenggam tabah dipertahankan , buat bekalan di perjalanan , kau bebat luka yg berdarah , kau balut hearty yg calar

telah tertulis suratan nasibmu , derita buatmu ada hikmahnya, terlukis senyum dibibir lesu, x siapa tahu heartymu, biarpun keruh air di hulu , mungkinkah jernih di muara, biarpun jenuh hidup dipalu , pasti bertemu tenangnya .................


hari ni , g wad 6U , 4 hari lepas g HKB jer.... so arini g wad HUSM plak........ best gak pagi ni... self study...self ward round....hehehe... ngan fiah, fizah n yati.... banyak belajar minggu ni..

b4 ni gue x nak tinggal O & G , x nak masuk posting paed.... tapi dalam minggu ni , xderlah tension2 ..... psychology kot....

pengajaran terbesar untuk hari ni.... SABAR.... dan REDHA. kenapa ??? sebab tadi masa wardround , gue dapat rasakan tahap kesabaran & ketabahan parents yg anak 2 diorang masuk wad...

ada yg anaknya Cerebral Palsy la , Febrile Fit , Asthma dan Congenital Biliary Atresia... penyakit yg berbeza... tapi parents masing2 memahami perasaan masing2.......

pengalaman dikongsi dgn pelajar Medic mcm gue ni.... bak kata Prof Zab, the parents is the text book of their child's dz.... tanya ler parents... jawapan sama cam dlm text book...



Jam skrang kul 2.20 ptg.... hehe ... gue menanti malam... nak balik umah mlm ni....adalah dlm lebih kurang 7 jam lagi... bersahur aper yer esok dlm bas..... x sempat nak sahur kat umah...

moga Allah mempermudahkan segala2nya ......gue nak ucapkan ribuan terima kasih pada sumer shbat2 , from the bottom of my HEART , seribu kemaafan ku pinta , aku hanya insan biasa , x lepas dr melakukan kesilapan, kemaafan kalian amat aku harapkan dan mahalnya sebuah kemaafan dari ayahanda dan bonda tersayang....

p/s: dulu2 ader sahabat kata , kalo rindu pada sahabat , dongaklah ke langit , lihat bintang di malam hari .... begitulah kita pada pandangannya jua , bersinar dan bercahaya...... jadilah sahabat yg apabila ditatap wajahnya , mengingatkan kita kpd Allah dan menjadi tenang.....

2.32 pm , New Castle Kltn

'status: balik kg .... hohoho balik kg...'

..Ramadhan 24...

sebelum ku teruskan.... entry ini tidak berkaitan dgn gue... sekadar perkongsian ilmu shj k..... sbg renungan muhasabah diri...


Sesungguhnya pernikahan itu menyempurnakan sebahagian agamamu ....
2 tahun ni memang aku cukup terkilan.... undangan sahabat2 dan sepupu2 ke walimatul urus x dpt ku penuhi.... bukan aku x sudi... tapi kekangan masa dan amanah di sini memaksa aku membuat pilihan untuk mendoakan kebahagian mereka dari negeri org.....


if dulu2 , teringat masa nak berpisah .... after SPM... aku ler pesan member2 gue , kahwin jgn lupa jemput.. coz aku kata aku wajib g majlis member2....
sbb kebahagiaan member2 sek. adalah satu kenangan yg tersemat kukuh di sanubari..... too much sweet memories.... too much...


tapi skrang.... jemputan pun x ku penuhi... inikan pula bertanya khabar....
mujur pertunangan best friend aku leh g... if x g muncung panjang ler jawabnyer.... jenuh nak memujuk plak.......




setakat ni member2 gue yg kahwin lum ader cahaya mata lagi.... aku siap pesan kalo diorang dah dapat anak... call me aunty shaz yer... bukan mak cik shaz ... hehe.... nak jg standard konon nyer.... padahal memang umur dah banyak...

aku juz pesan kat diorang ,once korang kahwin.... tanggungjawab tu sama2 la... so kena bertolak ansur... kena fikir hearty org lain... kena amik hearty parents mentua jg... so as a conclusion marriage is a transformation and reformation...

zahirnya mungkin perkahwinan melibatkan 2 insan , namun realitinya perkahwinan telah 'menyatukan' lebih drpd 2 hearty........


setiap insan dlm dunia ini mengimpikan sebuah keluarga bahagia.... dikurniakan pasangan yg beriman & bertaqwa... anak2 yg soleh & solehah...

barulah hidup ini terasa lengkap kan.....



walaubagaimana caranya.... jgn tersasar dr landasan ISLAM k.....
jgn bertopengkan islam dan kebaikan untuk melakukan kemaksiatan dan kerosakan di muka bumi ini....

jadilah role model untuk remaja2 di luar sana yg mengalami krisi identiti dalam memandu diri.... supaya kelak tiada lagi insan yg rasa tersisih dek dirinya bergelar anak tidak sah taraf ..... Wallahua'lam...


7.28pm , New Castle Kltn
'status : jasad di KLTN , hearty di KL'

Tuesday, September 23, 2008

... OnE vOiCe...

SATU SUARA - kumpulan FIRDAUS



berkarang memori semalam
terasa hangat masa silam
bagai sinar yang tak terpadam


ketenangan raut wajahmu
sesegar tulus senyumanmu
mesra dan ceria menguntum


disaat kala kau dan aku
datang menang kunjung


kenangan bahgia bersama mu teman
terukir jelas di ingatan
tidakkan bisa untukku lupakan


walapun saat ini kita berpisah
jauh dari pandangan mata
jalinan ini takkan goyah
dengan rahmatNya


merenung detik2 lalu
kita terduga dan tersungkur
namun kecewa bukan penghujung


nyalakan obor kesabaran
mengenal detik pengorbanan
tersingkap rahsia jadi pedoman


kita masih disini
mengejar redha Ilahi

bersama kita alunkan satu suara
dengan irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya


bersama bergembira kata dan janji
kita jadikan realiti
satu impian cita seribu erti
perjuangan suci


mara melangkah tiada gentar
kembara cita ke satu arah
terus mencari Cinta yg Esa


bersama kita alunkan satu suara
dengan irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya


bersama bergembira kata dan janji
kita jadikan realiti
satu impian cita seribu erti


bersama kita alunkan satu suara
dengan irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya


bersama bergembira kata dan janji
kita jadikan realiti
satu impian cita seribu erti
perjuangan bersama
terus mencari CINTA yg Maha ESa

Monday, September 22, 2008

..Ramadhan 22-23







RAMADHAN 22

selaku pengarah MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUSLIMAT 2008
juz nak ucapkan jutaan terima kasih buat sumer adik2 dan shbat2 yg byk memnyumbang tenaga dalam menjayakan majlis mlm tadi
terharu tidak terkata bila diberi amanah menjadi pengarah program buat kali terakhir
sblm melepaskan jawatan sbg MPP tidak lama lagi


dan x dirancang , dalam persembahan istimewa dari kami senior2 final year
dendangan nasyid TEMAN SEJATI , kami mengalirkan air mata kesyukuran
terasa kehangatan ukhuwah yg sebenar setelah hampir 5 tahun
Allah jua yg mengerti perasaan indah ini


buat adik2, apabila diberi amanah memegang jawatan
ingatlah adik2 , bahawa bukan manusia yang melantik adik2
namun hakikatnya Allah yg melantik adik2 ,
kerna Dia mahu mentarbiyah secara direct
supaya ada perubahan dan peningkatan imanmu
Namun apa yg berani akak beritahu
Ada jaminan adik2 akan diuji oleh Allah
namun jgn bimbang
Allah tidak akan membebani hamba2Nya sesuai dgn kesanggupan adik2
mari akak share pengalaman
akak x byk ilmu tapi kalo nak share pengalaman
sikit sebanyak bolehlah
sbg contoh, bila akak rasa sangat hebat ujian Allah
rasa serba tak kena , rasa tak tenang
senang jer adik2
adik2 baca Al-Quran ....
kalo akak suka buka mana2 jer
and then try baca tafsir
mostly apa yg dlm Al-Quran adalah sgt rapat dgn kehidupan kita
tryler sendiri
ada 2 surah yg menjadi sandaran bila akak sgt sedih dan kecewa
surah Al-Maarij ayat 20-34 dan ad-Duha
disebalik ayat2 ni ada tafsiran yg tersirat
menangis2 bila baca surah ni
dan akak akan teringat Nabi kita
lagi hebat diuji
Adik2,
tarbiyah dari Allah adalah bukti tahap keimanan kita
kesabaran kita teruji tatkala bertali arus dugaan melanda
kadang2 tak sempat nak bangun pun lagi
kita tersungkur lagi dek kuatnya ujianNya
namun yakinlah Allah tidak pernah jauh
Allah sentiasa bersamamu
selepas tu
adik akan mengenali diri adik2 yg sebenar
dan akan merasai perubahan yg jauh bezanya
moga peubahan yg murni ini berkekalan
salam perjuangan yer
RAMADHAN 23
hari baru dgn azam baru
nak lupakan apa2 yg berlaku within this 1 week
jgn bersandar pd kenangan
jika impian bisa digapai
-sumtimes , something are better left unsaid
-picture tells everything
kadang2 non-verbal communication lebih berkesan dari verbal communication
hehehe
adakah diam tanda bermasaalah
adakah senyum tanda bahagia
adakah menangis tanda kecewa
adakah ... adakah..adakah...
namun hearty jua tahu perasaan sebenar
mudah bukan mengesan
senyuman yg tidak ikhlas
tangisan yg dibuat2
dan sebagainya
apa yg penting heary tidak akan pernah menipu
hearty tidak akan membenarkan kebatilan
jagalah hearty sebaik2nya
dari hearty penentu baik buruknya tindakan
jadilah dirimu hambaNya , anak , kakak , pelajar , sahabat yg cemerlang
bahagiakan insan2 disekelilingmu
kelak kamu adalh insan yg paling bahagia
dek kerna terbiasnya sinaran kebahagiaan



















Sunday, September 21, 2008

..Ramadhan 21...



indahnya hidup dihargai teman,

dihadiahkan diri sebuah kebahagian,

Allah jua yg mengerti ,

terlalu bersyukur hingga bercucuran air mata.


teman,

mengapa perlu ada pertemuan

andai nanti bakal terjadi perpisahan

walau ku tahu itu semua

lumrah kehidupan



teman,

kita manusia biasa,

andai mati punca perpisahan

ku mohon 1000 kemaafan

andai pernah melukai heartymu



teman,

bersabarnya dirimu dengan kerenahku,

yg kekadang x tentu anginnya

namun dirimu begitu setia

tulus menghulurkan kemaafan



teman,

di saat ku berduka

kau insan pertama di sisi

di saat ku gembira

kau insan pertama di sisi



Ya Allah

terima kasih pdMU

diatas anugerah seorang teman sepertinya

yg bergelar adik






2.00 pm , New Castle Kltn

'status: membilang hari menempuh lembaran baru'






... jajaka acuan Al-Quran...


Saturday, September 20, 2008

... cinta anta anti...


“Rasa Cinta Pasti Ada Pada Makhluk yang Bernyawa!”(Gambar Sekadar Hiasan)
Email yang diterima dari Akhi Mu’ammar bertarikh 21 Mei 2005
(Semoga kita beroleh nasihah, semoga kita taubat nasuha).

Date: Sat, 21 May 2005 01:47:01 +0100 (BST)From: ”Mu. ammar” <mujahidsolihin@yahoo.co.uk> Subject: Aku tinggalkan Cinta Kerana DIATo: ”Mukhtar Suhaili” <al_akhyar81@yahoo.com>

Wahai saudara seagamaku, saudara MUHTAR bin SUHAILI yang saya hormati (Saya sering ziarah ke weblog saudara.. Teruskan perjuangan saudara lillah).

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organiasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah SWT, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual deangan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.


“Wanita Hiasan Dunia.. Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah!”
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya Allah, sekiranya Allah SWT panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

Pesan saya buat saudara MUHTAR, sekiranya tiada penawar berbisa, jangan cuba mencari cinta manusia, kelak dirimu akan binasa.. Jika cinta manusia datang menduga tanpa diminta kehadirannya, maka bercintalah kerana-Nya.

Dan lagi satu.. hargailah.. sayangilah seseorang itu… kerana ALLAH SWT.. Cintai dia seikhlasnya atas dasar visi destinasi perhubungan sesama pasangan itu adalah kerana nawaitu murni iaitu aku ingin memiliki dan mengahwininya demi menyempurnakan SUNNAH RASULULLAH SAW dan kerana ALLAH SWT.

“Keluarga Bahagia.. Mengimpikan syurga sebelum Syurga!”
MUHTAR, beringatlah;

“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya.”

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa ‘alaihis salam dan puteri Nabi Syuaib ‘alaihis salam beribu-ribu tahun dahulu?

Wallahu a’lam.

SOHABAT Barumu;Mu’ammar, Mafraq, Jordan
mujahidsolihin@yahoo.co.uk


~ tak terucap dgn kata2 bila membaca entry ni
aku amik dari blog mukhtarsuhaili
jazakillah sahabat
kadang2 peringatan begini yg sangat2 aku perlukan


walaupun sekuat mana iman kita
namun bila datang bab perasaan , hearty
terlajak dari landasan syariat
ikhtilat itu penting dalam menjaga kesucian maruah


ISLAM IS THE WAY OF LIFE
sgt indah , sungguh sempurna
semuanya dijaga , semuanya ada peraturannya
moga insan yg berfikrah mampu
menjadi role model untuk shbat2 di luar sana


Setiap manusia tidak pernah terlepas
dari melakukan kesilapan
kita hanya manusia biasa
yg memerlukan usaha luar biasa
bukan menentang atau melawan fitrah
tetapi kita perlu mengawal perasaan
menyalurkan fitrah cinta ke jalan yg suci


tiada perhubungan selain perkahwinan
begitu mudah dari segi theoritically
hakikatnya Allah aangkan terus menguji
adakah benar prinsip pegangan kita


sahabat2 yg aku kasihi ,
tiadalah aku berdaya jua menghalang perasaan itu hadir
kadang2 hadirnya tdk diundang
perginya tdk berpesan
yg penting BERDOALAH dan terus BERDOA
supaya Allah menjaga kita
dan bakal pendamping hidup kita drpd fitnah


tiada redha ALLAH bersama kemaksiatan
peliharalah segala-galanya
nescaya bahgia yg dicari dibentangkan seluas-luasnya


buat sahabat yg masih mencari,
teruskan jua BERDOA krn
berdoa itu senjata mukmin
cepat , lambat itu terpulang pada
ketentuan rezeki masing2 k


setakat itu shj
moga kekuatan hadir bersama ketenangan
moga dihadiahkan pendamping hidup yg terbaik
seandainya pernah kecewa
yakinlah ALLAH akan gantikan insan
yg lebih baik buat kita
so, bila kita kecewa
jgn berkabung
tetapi tersenyumlah gembira

menanti saat dipertemukan
insan yg lebih baik
InsyaALLAH
so, sbg persiapan
juz busykan diri untuk mencari ilmu
memperbaiki amalan
perlengkapkan diri dgn skill2 yg sepatutnya

MENJADI SOLEH/SOLEHAH bukan MENCARI SOLEH/SOLEHAH
ERTI HIDUP PADA MEMBERI


~..ku doakan agar kau kan bahgia.... ku doakan agar tiada lagi deritamu....~
senyuman sahabat adalah penawar kedukaan jiwa



6.03 am , New Castle Kltn
'status: NEW HEART , NEW HASRAT ~