Sunday, June 28, 2009

~.. life is funny..~

Assalamualaikum....
welcome back ..... gue udah lama benar enggak send new post here...
bz ler kononnyer....actually gue baru ajer pindah umah , pindah ke beranang selangor .... n now gue pindah umah lagi ke Meow..Meow... Kuching, Sarawak.....
gue dicampakkan ke borneo coz posting kat selangor n kl FULL....

at first memang sedih bangat... nangis ler...
gue siap berangan ngan 3 lagi member.. konon2 dapat hosp sg buloh
tup-tup gue dpt posting kat Kuching....

ntahlah , setakat 3 hari duk sini
dah mcm2 perasaan ader.... sedih , hepi, rindu , n yg paling tinggi perasaan adalah kelakar
yg selalu aku sebut hidup ni kelakar ler sebenarnya....
life is funny.... bak kata omputehnyer..

2 org rum3 gue , aishah n k izani terpaksalah melayan kerenah gue yg gila2 ni...
kini gue lagi jauh dr family..huhu... sedih bangat ni...
tapi xper, gue udah pujuk hearty gue...
pastilah Allah ader rencanaNya buat aku
yang sampai skrang pun aku x tahu....

maybe rezeki , maybe sahabat , maybe ukhuwah , n maybe ........
ermm, x yahlah aku penat2 mikir...coz apa yg penting parents aku dah redha aku kat sini...

InsyaAllah setakat ni , aku juz nak cari ketenangan hati , nak belajar untuk appreciate person around me.... i dun wanna hurts anybody anymore......
coz ader sorang shbat aku ni mengadu pada aku betapa heartynya hancur bilamana kasih dan sayangnya kpd sahabt , x aku hargai ... maafkan aku sahabat ..... mungkin aku terlalu ambil mudah tentang kasih sayang sahabat .....

huhu sedih lagi.....
meh ler gue share skit bout Kuching ni
first,tempat ni bandar , ader ler nampak mcm ala2 kl , selangor gak
cuma xderlah bangunan tinggi , LRT tu
jalan dia 1 way , susah skit
pastu susah nak cari mknn HALAL , so 2-3 hari ni makan mewah ler
makan nasi kat MarryBrown , ayam penyet , restoran bawah jmbatan gantung dsb

memang better masak sendiri ler
terjamin HALAL , ekonomi....hehe tapi gue x pandai masak pun...
camner ni...?? ni kot yg Allah nak bagitahu gue, belajar memasak....

k lah , lain kali plak aku story k
esok last day orientasi , lusa start kerja dahhhhhhhhhhhhhhh
Assalamualaikum

Friday, April 3, 2009

...Teguran yg merubah segalanya...~

Assalamualaikum....
hari ni aku nak coretkan pengalaman hidupku...

topiknya mcm yg kat atas tu
teguran dari sahabat2 aku
atas konsep teguran la aku berubah
atas konsep teguran la aku InsyaAllah nak istiqamah
atas konsep teguran la aku nak tegur org lain plak



kadang2 kita teringin sngat nak tegur sahabat2 kita, member2 kita , kawan2 kita kan
aku pasti ramai jer yg ader perasaan tu...
tapi atas dasar perception .....
nanti dia x rapat dgn kita, nanti dia x suka kita, dan byk2 lagi ler nnt.., nnt....

Aku , dulu pun masa kena tegur dgn sorang kawan aku ni
memang marahlah
nak meletup rasanya
sedap jer mulut dia tegur aku
macam 2 la kan yg x kena

tapi sekarang ni
dalam ramai2 kawan aku yg sekolah dulu
dialah yg aku paling sayang skrang
coz sebab dia aku belajar untuk berubah

sbb tu ada pakar motivasi bagitahu
Sahabat dan kawan ada bezanya
Sahabat adalah teman yg akan menegur kesalahan kita
Kawan adalah rakan yg menyimpan kesalahan kita didalam heartynya


Allah ada berfirman dalam Al-Quran , dalam Surah Al-Maarij ayat 19-21
''Sungguh manusia diciptakan bersikap suka mengeluh, apabila dia ditimpa kesusahan dia mengeluh, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir''
Manusia memang fitrahnya , akan marah apabila ada org lain yg menegur ttang dirinya, lebih2 lagi yg barsangkut paut dgn prinsip hidup .....
namun jika kena gayanya , kena dgn hikmahnya....
InsyaAllah kalau bukan hari ini.... mungkin selepas 20 tahun nnt...
masa tu baru dia mengakui kebenarannya...
So, aku mohon kpd sumer sahabat2 aku....
kita sama2 tegur menegur kearah kebaikan...
InsyaAllah kita berlapang dada bila ditegur
yakinlah wasilah yg dijanjikan Allah melalui shbat2 kita
so, takes step further
lagi indah kalau didahului dgn istikharah
minta Allah lembutkan hati sahabt2 yg kita nak tegur

Akhir kalam, man jadda wa jadda
siapa yg berusaha , dia dapat apa yg dia usahakan
setelah kamu berusaha, maka bertawakkallah kamu kpd Allah.....




Bersama -Devotees

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang Esa

Bila masanya menjelma
Kebahagiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
Kisah hidup kita
Berbekalkan taat dan sabar
Pastikan berjaya

Jejak Cinta -devotees

Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
Dan saat itu masih kunanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu di hadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap rahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju kearah keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
Gemilang kan pasti di genggaman

Jangan lupa memohon padaNya
Tawakkal berdoa sentiasa
Apa dikurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabar kan terus melangkah
Berbekal keimanan di dada
Dan usaha pasti akan berjaya

Ku Damba redhaMu - Devotees

Bagaikan hausnya bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila CintaMu tidak bersemi

Berjalan aku bagai kesesatan
Di tanah Tuhan diriku ditinggalkan
Tiada tempat untu kumengadukan
Resah hidupku ditimpa sesalan

Aku dambakan
Dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit perjalanan meraihnya
Demi redhaMu kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintaMu
Namun sedikitpun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia

Ya Allah tidak kusedari
Selama ini cintaMu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangMu yang tiada bertepi
Setiap hambaMu tetap Kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambaMu tak pernak Kau mungkiri
Maafkanlah Redhailah.....

SeTiAp KaLi .. Devotees

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa padaMu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta dan keredhaanMu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

Sunday, March 29, 2009

..~HaWa...~

Hawa,

Sedarkahengkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kitadicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebisoleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alatuntuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islammenyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, danmendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan diduniaini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargainikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaatiajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapamasih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa, Tanganyang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisamengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang solehsolehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat sertamemberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkanislam di mata dunia.

Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncangkeimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, denganlengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakankehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaumadam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukansuamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencianAllah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalahjala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalammenyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja ,jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudahbersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkauseorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkanad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin ,jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanitayang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmuhanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yangmenampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikatkaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsangnafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimkerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa kesalam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan daripertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelakiyang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilihwanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanitamelalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang imanmereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melaluiakhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidakmenginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya keranadia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yangwarak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalamsebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu

Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkanpendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanyacinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akanmembahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikalasusah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang jugamenyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehikeredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cintakeluarga. Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yangmengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaanIllahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaumAdam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.