namun kesannya sampai ke hari ini
baru 7 tahun berlalu
namun rasanya seperti
dah lapuk dek hujan
dah lekang dek panas
dek kerana merasakan 'BZ'nya diri
Nabi pernah bersabda
''bukanlah dari golonganku bagi mereka yg bangun di waktu pagi tanpa memikirkan hal saudaranya (umat Islam) ''
Indahnya Islam, Tingginya objektif Nabi
Baginda memang mementingkan kasih sayang sesama saudara Islam
berbezanya diri gue ni
bangun pagi
fikir senarai tugasan dan jadual harian
yg mesti dibereskan
sedangkan betapa ramainya rakan sebayaku
tiada makanan untuk bersahur
entah2 x berbuka pun semalam
entah lena ker tidak tidurnya
bahkan tidak sempatpun untuk bermimpi
betapa selesanya di sini
di negeri Kelantan
di bumi Malaysia
sehingga terlupa kesengsaraan saudara di tempat lain
sehingga terleka dgn 'kesibukan' yg menipu
dek 1001 alasan yg dicari
sedangkan nak 1000 daya
taknak 1000 dalih
doa
senjata mukmin
sedangkan berdoa untuk mereka pun jarang
sedangkan mudah jer
bukan perlu berbayar
bukan perlu mengangkat berat
bukan perlu berlari pecut
bukan perlu mendaki gunung
namun dek EGOnya diri
x terlaksana benda yg simple dan mudah
wahai diri
ingatlah saudaramu yg lain
yg dalam kesakitan, kesengsaraan, kelaparan, kesejukan
dan mungkin dalam ketakutan
namun dek tarbiyah dr Allah
saudaramu disana lebih BERIMAN & BERTAQWA
tiadalah beza antara semua manusia
melainkan sesiapa yg beriman & bertaqwa
teruskan berdoa
dan terus berdoa
10.15 am , New Castle Kltn
'status: weekend'
No comments:
Post a Comment