Sunday, October 19, 2008

...~ Luangkan masa utk ALLAH~...

Allah suka akan amalan hambaNya yg ISTIQAMAH...... biarpun sedikit tetapi amalam istiqamah tu memberi impak kpd hearty kita..... gue pernah cuba...... katalah hari ni nak tambah drpd sepipi kepada 5 pipi Al-Quran sehari.... amalan ni leh bertahan dlm 3 hari jer..... pastu x baca langsung plak.... so mana baik?? hari2 baca ker... walaupun sepipi sehari..... huhu ..... atau 3 hari baca 5 pipi n then x baca 4-5 hari... sedangkan hearty kita ni selalu buat maksiat , 3 hari x dgr tazkirah leh jadi ekras kan?.... tulah Allah tahu aper yg terbaik untuk kita......


satu lagi bacaan ma'thurat, gue rasa amalan zikir ni baik .... cuba kita check terjemahan ma'thurat..... indahnya pujian2 Nabi pd Kekasihnya....... tapi kita yg banyak buat khilaf.... sellau jer terlupa nak baca.... walhal x sampai 10 minit pun........... mari muhasabah diri, koreksi peribadi..... sumtimes kita kena paksa lah diri.... nnt dah lama2 baru mudah k......




kat sini , gue salin balik maksud dlm doa' Ma'thurat k
sama2 kita hayatinya.....



Ya Allah,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMu
serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintahMu
Ya Allah,
kurniakanlah kami iman yg sempurna,
hearty yg kusyuk,
ilmu yg berguna,
keyakinan yg benar2 mantap,
Ya Allah,
kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul ,
selamat dari segala mara dan petaka,
kami mohon Ya Allah,
kecukupan yg tidak smapai kami terpaksa meminta jasa org lain
berikanlah kami Ya Allah ,
IMAN yg sebenarnya,
sehingga kami tidak lagi gentar,
atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri,
kembangkanlah lembahyung rahmatMu kpd kami, keluarga dan anak2 kami,
serta sesiapa shj yg bersama2 kami
Jangan Ya Allah,
Engkau biarkan nasib kami ditentukan diri kami sendiri,
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek dari itu,
Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenanlah.




dan diakhiri dgn DOA RABITAH.....
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hearty2 ini (org yg telah dibayangkan td) telah berkumpul,
krn mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hearty2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah Ya Allah,
akan ikatannya yg sebenar,
Penuhkan piala hearty ini dgn cahaya RabbaniMu,
yg tidak kunjung malap,
Lapangkan heart2 ini ,
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kpdMu
Hidup suburkan hearty2 ini dgn ma'rifat , pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentaqdirkan kami mati
maka matikanlah pemilik hearty2 ini sbg para syuhada
dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong....



Akhir kalam..... Biarlah dalam hidup ini , kita mendapat redha Allah.... kita khuatir kita mendapat 'REDHA MANUSIA dlm MURKA ALLAH' . Nauzubillah.......

peruntukkanlah masa kita untuk Allah... Nescaya Allah akan meluangkan 'masaNya' untuk kita.... berdasarkan pengalaman diri ... tatkala gue kata hari ni, x nak g surau, x nak g kelas agama ( setiap ptg kat suray Murni) alasan nak study.....tahu aper jadi?.... gue tido kat bilik.... Allah nak tegur kita kan.... Jangan anggap bila kita baca Al-Quran , bc Ma'thurat, g Surau untuk Solat Berjemaah, g Kelas Agama..... masa kita x cukup... m

itulah peri pentingnya keyakinan hearty dan janji Allah dlm mengurniakan kEBERKATAN MASA..... bersabarlah wahai hearty dan diri.....Jangan mudah mengeluh dan berputus asa k...

5.45am , New Castle Kltn

'status : Post-SAHUR'


No comments: