Sunday, April 25, 2010

abai, cuai , lalai

Marilah kita belajar memahami 3 istilah ini,
Tiga istilah ini ialah abai,cuai dan lalai,
Ada orang mengabaikan agama,
ada orang mencuaikan agama,
ada orang lalai beragama..
Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan ibadah dan syariat
Tidak fikir halal dan haram
Tidak faham rukun iman,tidak faham rukun islam,tidak faham apakah itu ihsan..
Sekalipun dia mengaku islam,
dia tidak mempedulikan agama
Islamnya hanya keturunan,
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak mengenai islam
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya
Itulah dia erti mengabaikan agama

Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit
Seseorang itu mengerjakan agama
tapi apabila sempat sahaja
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja
Atau waktu ada mood di buat
waktu tidak ada mood ditinggalkannya
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang,
tidak sibuk,di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula
Ada orang di waktu senang dikerjakan
di waktu susah ditinggalkan
Termasuk cuai sebahagian ajaran islam dikerjakan
dan sebahagian lain ditinggalkan
Itulah dia erti cuai beragama

Apa erti lalai?
Erti lalai,syariat2 lahir semuanya dikerjakan
Orang ramai lihat dia beragama
dan taat orangnya dengan Tuhan
Tapi ibadahnya tidak dihayati,
bahkan sesetengah bacaan-bacaannya tidak pun difahami
Tidak difahami apakah tuntutan ayat2
dan bacaannya yang diucapkan didalam ibadahnya
Termasuk juga lalai,ibadah lahirnya
tidak boleh dipersoalkan, lengkap tidak diabaikan
Namun takut dengan Tuhan tidak ada
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya
tidak terasa lagi berdosa
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya
Adakalanya dia jadi sombong
dan megah dengan ibadahnya
Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai
Orang yang beribadah begini,tidak ada nur di mukanya
Adakalanya orang boleh benci melihatnya
padahal dia ahli ibadah
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya
Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan,
tidak cuai dan tidak lalai dengan agamanya
Ini orang yang selamat dan menyelamatkan dunia Akhirat...

"Ustaz Haji Asaari Muhammad"

Saturday, April 24, 2010

dakwah & Cinta

Dakwah dan Cinta
www.iLuvislam. com
oleh : Azree Hanifiah
editor : everjihad

Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.Lawan Vs Kawal“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”Over Rate Diri Sendiri “Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.Hijab dan Wanita Dakwah Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.
“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-

to myself

yg ni gue amik dari email gue.. dari athiqa.jzkk adik


"...wahai diri, biarlah dirimu jatuh, merangkak dalam taubat demi taubat, berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti. lebih baik terbentur, daripada patah. lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmat' yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat. wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. berhati-hatilah menjaga hati. tak mengapa kau selalu menangis kerana dosa. tapi jangan sampai kau tersenyum kerananya... ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur...".::r.e.n.u.n. g.r.e.n.u. n.g.k.a.n: :.

LaNgKaH tErCiPtA

Lirik Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…Pimpinlah diriku,tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

...doktor....antara kerja dan amanah....

coretan oleh:Hilal Asyraf~http://ms.langitilahi.com/

Semalam saya dijemput memberikan sedikit sembang-sembang bersama dengan pelajar-pelajar Perubatan USIM yang datang melawat sambil belajar di Jordan ini. Mereka adalah pelajar-pelajar tahun 3 bagi tahun pengajian 2009/2010.
Sedikit segan pada awalnya, memandangkan saya berbicara dengan pelajar-pelajar PerubatanUSIM, tahun 3 pula tu, semestinya saya merasa rendah diri. Pelajar perubatan biasanya dipandang lebih tinggi dari pelajar agama di mata masyarakat.
Dan hari ini suka saya kongsikan sesuatu yang saya lihat sebagai ‘besar’ dalam medan seorang doktor.
Ketahuilah, doktor yang menghubungkan dirinya dengan Allah SWT, mempunyai medan yang sangat luas dalam berbakti kepada Islam itu sendiri.
Doktor, Tidak perlu mencari pesakit
Doktor sentiasa menjadi tempat rujukan. Sangatlah jarang perlu ada doktor yang melaung: “Siapa sakit, mari datang hospital saya”
Tetapi kebanyakan doktor, didatangi pesakit tanpa perlu dia memanggilnya. Saban hari, ada sahaja orang berjumpa dengan doktor. Tidak terkira banyaknya kalau mahu dihitung.
Inilah dia medan seorang doktor. Berkomunikasi dengan manusia, dan tidak perlu bersusah payah mencari mereka. Doktor didatangi, dijadikan tempat rujukan untuk perubatan, tempat meminta nasihat untuk kesihatan dalam kehidupan dan sebagainya.
Tidakkah anda melihat, betapa doktor adalah seorang yang mempunyai peluang yang banyak?
Tetapi doktor manakah yang menggunakan peluang ini untuk menyebarkan Islam?


Doktor, penyambung harapan kepada Allah
Saya ada satu kisah. Kisah benar seorang sahabat saya. Dia pada awalnya adalah seorang yang tidak matang. Sudah tingkatan lima tetapi perangai masih hingusan seperti kanak-kanak.
Satu hari, Allah SWT menguji sahabat saya ini dengan satu penyakit kronik yang boleh membawanya kepada kematian. Sampai satu tahap, dia ditahan di wad. Tetapi kemudian, Allah SWT menyusun dia sihat semula, dan kembali belajar seperti biasa. Tetapi ada sesuatu yang aneh telah berlaku kepadanya.
Dia menjadi sangat soleh, kemas, matang, dan kata-katanya juga menjadi lembut. Kelihatan selepas itu dia menjadi hamba Allah yang taat, dan ramai orang mula menghormatinya. Hatta saya sendiri terkejut dengan perubahannya.
Saya bertanya: “Apa dah jadi dengan enta?” Dan dia bercerita:
Rupanya, ketika dia di tahap yang kritikal dan dikatakan tidak mempunyai harapan lagi, dia sudah berputus asa. Dia kecewa dengan nasibnya. Dia ketika itu sudah tidak berharap lagi apa-apa. Yang dia nampak pada kehidupannya hanyalah kehancuran, kehancuran, kehancuran. Dia menangis banyak dalam putus asanya, bertanya dan bertanya kenapa nasibnya sedemikian rupa.
Ketika itulah, datang seorang doktor, dan menasihatinya: “Semua susunan Allah ada hikmahnya. Allah yang beri penyakit ni. Sembuhnya juga ada pada Allah. Jadi, apa kata masa yang ada ini kamu merapatkan diri kepada-Nya? Biar kalau kamu pergi, pergi dalam keadaan bersih bertemu dengan-Nya”
Dan sahabat saya bercerita: “Ketika itu, ana macam tersedar. Lepas tu ana mula pergi surau di hospital. Ana habiskan banyak masa malam ana berdoa dan bermohon kepada Allah. Bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya. Ana betul-betul harap, kalau ana mati pun, biar ana mati dalam keadaan bersih”
Tapi Allah menyembuhkannya. Dan dia berubah menjadi seorang yang lain.
Penangan nasihat seorang doktor yang faham akan pergantungan kepada Allah SWT.
Tidakkah anda memerhatikan?
Perhatikan apa yang doktor itu telah lakukan?
Dan sahabat saya itu, sehingga hari ini berkata: “Ana ni, hutang dengan doktor tu jasa yang besar”
Ya. Jasa merapatkannya dengan Allah SWT. Saat harapan-harapan lain telah terputus, saat-saat kata manis dari keluarga, sahabat handai tak mampu menyembuh, pergantungan kepada Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya itulah juga yang utuh dan tetap teguh.
Tidakkah kita memerhatikan?


Maka menjadi tanggungjawab seorang doktor mempersiapkan dirinya
Maka adalah satu amanah, seorang doktor muslim lagi mu’min, mempersiapkan dirinya dengan syakhsiah serta hubungan kepada Allah SWT. Tidak mengetahui ilmu usuluddin pada tahap yang tertinggi, atau ilmu fiqh pada tahap yang tertinggi tidak mengapa. Asal tahu perkara asas untuk terus hidup sebagai orang mu’min sudah mencukupi.
Tetapi tidak dapat tidak, seorang doktor perlulah mempunyai akhlak, peribadi yang cantik, serta hubungan dengan Allah SWT yang bersih. Untuk apa? Untuk mengajak pesakit-pesakit yang berjumpa dengannya, yang berada di sekelilingnya, kembali kepada Allah SWT.
Doktor, medan mereka sangat luas. Orang datang kepada mereka tanpa mereka perlu mencari.
Maka kenapa para doktor tidak melihat ini sebagai peluang mereka beramal?


Penutup: Menjadi doktor itu sendiri satu ibadah
Sesiapa yang memagari ‘ibadah’ itu di pagar masjid sahaja, maka dia telah menyempitkan keluasan Islam itu sendiri.
Menjadi doktor itu sendiri satu ibadah, sekiranya diiringi ikhlas dan tidak melanggar batasan syara’. Ditambah pula dengan menyambung harapan mereka yang telah berputus asa kepada Allah SWT. Ditambah dengan menunjukkan syakhsiah yang baik, akhlak yang terpuji dan sentiasa mengembalikan pesakit kepada Allah SWT, ternyata ia satu kerjaya yang sangat cantik dalam medan dakwah kepada Allah SWT.
Sungguh, sahabat saya tadi juga berkata: “Ana kalau tahu doktor boleh buat macam tu, ana ambil kelas sains dari dulu lagi”
Sesungguhnya, segala apa kerja pun, sekiranya kita isi dengan keikhlasan dan ianya tidak terkeluar daripada syara’ yang Allah tetapkan, maka ianya adalah satu ibadah.
Maka kenapa kita tidak jadikan kerjaya-kerjaya kita satu wasilah, jalan, untuk membawa seramai boleh manusia untuk kembali kepada Allah SWT?
Jika tidak boleh dengan bercakap panjang pun, dengan kata-kata pendek sudah mencukupi. Dan semestinya kata-kata itu akan menjadi sangat berkesan sekiranya diiringi dengan akhlak dan syakhsiah yang cantik.

Saturday, April 3, 2010

..Hikmah Segera...

hari ni genap 16 hari ...
pantas jer masa berlalu
ermm... minggu ni memang aku tension
dgn kerja, dgn diri, dgn environment
tapi dlm tension aku tu
aku belajar sesuatu..
to say YES to whatever Allah give
even it is so terrible to accept it

aku dah penat menangis Ya Allah
sampai dah kering airmata
akhirnya aku jumpa hikmah
cepat jugak Kau singkapkan hikmah ujianku kali ini
the answer is it is not da right TIME
Subhanallah..subhanallah

andai benar faktor masa adalah jawapan untuk ujianku
maka izinkanlah aku memperbaiki diri ini
dalam menempuh hidup ini...
aku perlu kuat, aku perlu tabah , aku perlu redha
ermmmmmmmmm, sakit rasa kehilangan
sakit yg tak terungkap dgn kata2

Sahabat, aku mintak maaf
saat aku lambat memaafkan dirimu
terasa sangat Allah sgt kuat untuk menguji hatiku
aku menangis atas kehilangan 'dunia'
akhirnya aku akui
Sedang Nabi ampunkan ummat
inikan aku insan biasa
Namun hadiah darimu aku terima dgn seribu tawa
lambang aku menerimanya seadanya

Sesungguhnya kehilangan dunia mungkin sebagai lambang pengorbanan di dunia
namun sbg manusia , aku masih tidak dapat lari dari dunia
BZ dgn dunia

Sahabt, cukuplah dirimu sbg temanku
diwaktu ini
cukuplah Allah sbg tempat ku bergantung harap

thanks shbat
syukran shbat
....andainya alam ini mampu berkata2 , pastilah pujian buat dirimu, di waktu itu akulah yg bertuah punya sahaabt sepertimu.....
thanks Aishah...thanks K ja
thank you so much for the love that both of gave to me
doakan aku kuat, doakan aku sabar, doakan aku bahagia
sesunggguhnya doa kalian yg membantu aku kan....