Sunday, August 31, 2008

...~ medical related , not nullify fasting...~

ni sy copy n paste dr email gak
jazakallah yer

saya pun namanya medical student
tapi x tahu sgt benda2 ni
so kena belajar ni
esok lusa patient tnya
leh sebarkan ilmu ni plak


( From the 9th Fiqh-Medical Seminar, convened at Casablanca, Morocco,during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under theeminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty KingHassan II. The theme of the seminar was "An Islamic View of CertainContemporary Medical Issues", and it was held jointly with the HassanII Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, theISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health OrganisationRegional Office.)

3. Substances and actions that nullify the fastingAccording to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh)three actions nullify fasting: eating, drinking and sexualintercourse. (rujuk [al-Baqarah 2:187] )Therefore, the passing of anysolid or liquid sybstance that can be described as food or drink, inany quantity through the gullet would nullify fasting.

Accordingly, the p.articipants agreed unanimously that the followingdo not nullify fasting.
1. Eye and ear drops, and ear wash.
2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment ofangina.
3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginalwashes, vaginal speculum, and doctor's or midwife's fingers duringpelvic examination.
4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque mediafor X-ray diagnosis or bladder irrigation.
5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ andtoothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do notnullify fasting.
6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with theexception ofintravenous feeding.
7. Blood donation or receiving blood transfusion.
8. Oxygen and anaesthetic gases.
9. All substances absorbed into the body through the skin, such ascreams, ointments, and medicated plaster.
10. Drawing blood samples for laboratory testing.
11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowedinto the stomach.
14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
15. Biopsy of the liver or other organs.

A majority of participants added the following:

1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction ofliquids or other substances into the stomach.


Keputusan yang telah dicapai didalam seminar "An Islamic View ofCertain Contemporary Medical Issues" menepati Fiqh Tarjih dan jugaFiqh Taysir (ringan/mudah) . Perkara-perkara yang tidak membatalkanpuasa yang disenaraikan diatas disokong oleh ulama-ulama kontemporidan lama termasuklah Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah, Sheikh Dr YusufAl-Qardhawi, Sheikh Atiyah Saqr, Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid,Sheikh Ibn Utsaimin, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz dan lain-lain. Malahanperkara seperti suntikan ini pernah difatwakan hukumnya tidakmembatalkan puasa oleh Sheikh Mohammad Bakhiet Al-Mutiei pada tahun 1919.

~... berbeda itu rahmat....~

ni saya copy n paste dr email
makasih ya adik

lucu plak pas akak bc
tb2 teringat mak akak kalo bersiap nak g mana2
ayah dah hon keta
mak still dpn cermin

bkn sbb mak kita lmbat siap
tapi bykkkkkkkkkkkkk keja nak settle
hehe
rindu ler kat ayahanda n bonda


Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ?
LELAKI pun ader keistimewaan mereka tersendiri...... >>



..Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalamsink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anaknak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik... bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yangtertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemutdah. .ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk kebilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh. ..sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola puntakde..." ... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....So?.. ..apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


6.41 pm Merdeka Day , New Castle, kltn
'status: menengok anak bulan Ramadhan di dlm bilik'...
patutler x nmpak anak bulan, salah port, hehe

Friday, August 29, 2008

niat krn Allah ...bkn krn fadhilat yg x sahih

ni senarai fadhilat nyer...
harap pasni kita sebar2kan...
fadhilat ni bkn dr hadis sahih...

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. (ni salah satu cth yg tulis dlm entry lepas)

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

wallahua'lam

.. solat terawih


Assalamualaikum ....

ckp pasal Ramadhan ni...
ader lg benda yg terlintas....

solat yg cukup sinonim ...
Solat Terawih...
bukan solat Tawarih...

dulu2 aku memang wajib g solat terawih...
g dgn kawan2 , sepupu n adik2
sanggup jer aku heret adik2 aku
suruh diorang teman
nak balik mlm takut

kadang 2 jer balik awal
kalo x larat wat 8 rakaat jer
tapi biasanya 21 rakaat ler
hehe
bukan rajin
tapi ada misi lain
kalo wat 21 rakaat leh moreh skali

moreh ni mcm jamuan ringan ler
ader kuih, mrtabak , bihun
makanan aku x nak sgt
tapi yg paling bestszzzzz
air teh panas surau
memang sedap

selain moreh ni
ader sebab watper ler
gue ni pengunjung tetap suau
sebabnya gue memang g bcoz of
fadhilat2 setiap mlm
solat terawih
siap kerat lagi dr paper
tampal dalam bilik

hehe
masa tu gue jahil
xder ilmu
skrang ni bila ader ilmu
nak sangat share dgn org lain
yg x tahu lg


sebenarnya fadhilat2 setiap mlm
solat terawih tu xder
kalo kita tengok balik setiap fadhilat tu
memang x logik

sbg cth, kita dapat pahala semua para Nabi
walhal kita ni selalu jer wat dosa
Para Nabi tu diuji hebat , Rasulullah maksum
mana leh kita setanding or lebih hebat dr para Nabi
kalo berbekalkan iman senipis kulit bawang

maafkan kami Ya Allah
diatas kejahilan kami dulu
bimbinglah kami dgn cahaya kebenaran

'Sekiranya Allah menginginkan kebaikan kpdmu,
Nescaya Allah memberi kefahaman dalam agama'

actually mari kita betulkan niat
beramal krn Allah
kalo kita ikhlas
Ganjaran Allah x terhingga
yg penting redha Allah

penutup,
nak selit skit
lirik nasyid......................

ku akui kelemahan diri
ku insafi kejahilan diri
ku sedari kekhilafan diri

terimalah...
terimalah taubatku Tuhan

(moral of value: beramal dgn ilmu, jgn jd pak turut)


4.07 am 29/8/08 New Castle
'status: menikmati subuh yg damai'








khasiat buah kurma


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".


Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)


Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)


Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.


Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.


Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.


Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

sumber: al-hadaf ,penyampai wawasan institusi fatwa

5.32 pm , New Castle kltn
'status: post study grup'

Thursday, August 28, 2008

..ahlan wasahlan ya Ramadhan al-Mubarak...















Ahlan wasahlan...
Ya Ramadhan al-Mubarak...
asal puasa jer..
musti gue teringat macam2 makanan kalo kat umah
dari pencuci mulut sampai ke pengenyang perut
hehe
nak bgtahu nyer
begitu 'istimewa'nya bulan Ramadhan ni
yg x pernah meniaga pun kecoh nak berniaga
kat Baazar Ramadhan
kalo kuih dgn air tu dari kaler merah,
sampai ke hijau, pelangi
ermmm, mcm2 ler mknan
lagi plek, pembeli mcm gue ni ler
sumer nyer nak 'rasa'
tapi at last bkn gue yg 'rasa' tapi MR. Dustbin
w/pun Mr dustbin x posa
tapi dia turut 'berbuka posa'
huhu....
pembaziran yg nyata
InsyaAllah tahun ni
nak kawal perbelanjaan masa membeli
kesederhanaan itu barakah
ok....
Salam Ramadhan
muga tahun ni lebih baik dari setiap segi amalan
4 ayahanda n bunda
Anakanda akan pulang ke kg halaman spt biasa
tiket sudah anakanda beli 2 hari lepas
x sabar nak bersahur, posa n berbuka
dgn insan2 yg tersayang
tu jer
bermaaf-maafan sesama kita
bersihkan hearty , pelihara iman
dlm menyambut Ramadhan
'1.55 pm , New Castle
'status: rindu kat family'

Wednesday, August 27, 2008

... terkena batang idung gue ni...

ni copy n paste dr email
thanks yer pengirim

Begitulah keluhan diri,
mulutnya rajin menasihati,
tapi diri sendiri tak mengerti.
Azamnya nak mengubah peribadi orang,
Rupanya, dia sendiri belum mampu
mengikuti nasihat sendiri,

Hari-hari membaca buku agama,
Tapi sedikit sekali berbekas dalam jiwa,
Ah… Susahnya berdakwah kepada diri..!
Banyak sudah ku nasihati,
Tapi…..belum mampu mengubah diri lagi..!
Tapi mahu lagi menasihati !

Ah..! Memang aku tak sedar diri!
Memang susah berdakwah kepada diri sendiri…
Inikan mahu mengubah orang lain.
Sedangkan diri tak menerima nasihat sendiri,
Tapi mahu juga orang lain menerima nasihatnya.. !

Susahnya……Susahnya……Susahnya…
Apalah daya diri ini…
Ya Allah, sedihnya rasa hati,
Kami lupa apa yang kami ucapi,
Astaghfirullah… Ampunkan kami Ya Tuhan…

Sedihnya diri mengenangkan
pesan Tuhan dalam Quran,
Betapa besar kebencian Tuhan
kepada orang yang berkata,Tapi dia tak lakukan…!!
Alahai diri… Ikutilah nasihat sendiri,

Sebelum mahu orang lain mengikuti.
Itulah kunci,Untuk orang lain mengikuti,
Selepas engkau menerima nasihat sendiri,
Ya, kami akui,
Memang Susah Berdakwah kepada diri sendiri….

Ya Allah, ubatilah kesedihan kami ini
dengan kekuatan dariMu.Agar kami ikuti,
apa yang kami ucapkan.

Sumber: Al-ahkam.net


6.53 pm , New Castle Kltn
'status: makan dadih perisa honeydew '

Tuesday, August 26, 2008

... PKR pertahan kerusi Permatang Pauh...

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan penguasaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu hari ini dengan majoriti 15,671 undi.
Jumlah itu lebih besar berbanding 13,388 undi majoriti yang diperoleh PKR pada pilihan raya umum Mac lalu melalui isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar, 61, yang memperoleh 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, yang meraih 15,524 undi.
Seorang lagi calon, Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hanya mendapat 92 undi. Hanafi hilang wang pertaruhan.
Anwar semasa berucap kepada ribuan penyokongnya selepas pengumuman keputusan itu berkata, ia merupakan kemenangan rakyat.
Beliau turut mengulangi hasratnya untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru bersama pakatan pembangkang bagi mentadbir negara.
Katanya, keputusan pilihan raya itu merupakan isyarat awal ke arah mencapai matlamat tersebut.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Permatang Pauh, Roslan Yahaya pada pukul 10.05 malam ini di pusat penjumlahan undi Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.
Sebanyak 38,144 atau 65.25 peratus daripada keseluruhan 58,459 pengundi keluar mengundi walaupun cuaca tidak menentu dengan hujan renyai-renyai pada tengah hari.
Sebanyak 490 anggota polis telah membuang undi secara pos Sabtu lalu.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan berikutan peletakan jawatan Wan Azizah pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada Anwar yang juga Penasihat PKR bertanding di kawasan itu.
Anwar merupakan penyandang kerusi itu dari 1982 sehingga beliau dipecat dari UMNO dan kerajaan pada 1998.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihan raya umum 1999.

Sunday, August 24, 2008

...Allah Maha Adil...



pg ni lewat g ward round
huhu
keracunan minuman
diarrhea
terminum air x masak
coz x tahu heater rosak

perut sakit sgt
tapi br terasa betapa ler sgt sakit perut gue ni
kalo banding dgn contraction pain pt. in labour kan?

tu ler
kita selalu rasa kita susah
kita selalu rasa kita x mampu
dsbgnyer ler

bila tahu ader jer orang lain
yg nak makan xder duit
nak belajar pun x cukup duit
huhu
baru terasa diri ini selalu sgt makan sedap
siap cerewet lagi

ader duit , x fikir pjg
beli jer aper yg nak beli
asal comel, warna favourite
sumer beli

duit ni amanah juga
baik derma dari membazir
niler masalah kaum Hawa
bukan x der tapi nak menambah koleksi peribadi
ermmmm..... masalah berat ni

ambil pengajaran
tambah pengalaman
belajar dr org lain
tingkatkan sifat qanaah



12.44 noon New Castle , Kltn
'status : room rest '

KU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

> > Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

> > Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

> > BERATKAN?

> > Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

> > WANITA :


> > Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

> > Pernahkah kita lihat sebaliknya??

> > Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

> > MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

> > Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAI

5.36 am New Castle, Kltn

'status: br bangun tido'


... kenangan terakhir nan terindah.....

berlalunya htd
bersimpul bersama 1001 kenangan terindah

ukhuwah ini lebih manis dari percintaan 2 insan
kerna hakikatnya ukhuwah ini dikongsi bukan setakat 2 insan
malah mampu setinggi 200 sahabat mahupun 2000 orang

hehe, berapa yer kawan2 gue since sekolah sampai U
lebih 200 kot

Ya Allah
kekalkanlah kemanisan berukhuwah untuk selamanya
dan semoga sahabatku jua mampu merasai perasaan ini
alangkah indahnya andai sahabatku bersama2 diatas jalan yg sama

ermmmmmm,
percaturan Allah penuh misteri
susah untuk gue merungkai satu-persatu

the conclusion
hargailah sahabat
senyuman sahabat2 adalah penawar segala kedukaan



7.28pm New Castle , Kltn
'status: post HTD'

Tuesday, August 19, 2008

.... seminggu yg menyeronokkan...


Assalamualaikum ...

skrang ni gue kat CAI LAB
sajer nak post dlm blog
laptop gue udah rosak
xder perasaan nak beli yg baru

sumtimes laptop ni gue salah guna jg
cth paling mudah YM ler
kalo ader laptop + internet
ermmmm, ader jer ler yang nak di'chat'kan

syukur gak
skrang ni gue masuk posting O & G
posting yg sgt best sebenarnya

ntahla
br skrang nmpak hikmah
remedial posting ni
skrang ni tengah nak belajar byk2
nak cari ilmu betul2

honestly skrang ni suker sgt
especially kalo dpt g labour room
erm,, coz dapat jumpa ramai baby yg x der dosa
tenang jer tengok muka diorang

doctor2 sumer baik2
selalu bg tunjuk ajar
gue team n supervisor yg sama lagi
besttttt

InsyaAllah, smoger perasaan ini berterusan untuk next2 posting gak






2.55 pm New Castle , Kltn
'status: hepyyyyyyyyyy '

Wednesday, August 13, 2008

..sesungguhnya.. UnGu

sepi dunia
berhenti berputar
saat manusia
x sanggup lg berharap
ketika mentari
x sanggup lg berjanji
menyinari dunia bakal singgahi
mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
dihadapanNya
dihadapanMu Ya Alah
Sesungguhnya manusia takkan bisa
menikmati sedia tanpa IKHLAS di heartynya
Sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatNya
tanpa tulus di heartynya
terima kasih sahabat
diatas pemberian lagu ni
hehe, gue suker lagu ni
bout da lyrics
x surela kalo silap
yg tu yg terdengar kot telinga gue
kalo silap, pepaham je la
keikhlasan tu sangat penting
IKHLAS tu umpama semut hitam diatas batu hitam di dasar laut dalam di malam kelam
memang kalo gue x nampak ler
lagi2 dah bermata 4 ni
siapa yg nmpak??
siapa yer?
BEtullllll.... Hanya Allah je tahu
so, x leh ler pasni
bgtahu orang
'saya ikhlas ni, or saya tulus ikhlas ni nak tolong'
dan yang paling penting keihklasan boleh terdelete dek perasaan ujub, riyak, takabbur
sayangnyerrrrrrrrrr
sahabat,
teruskan perjuangan
gue takkan pernah paksa awak lagi k
perubahan memerlukan masa
semoga keikhlasan awak berbaloi k
12:02 noon New Castle, Kltn
'status: baru sampai USM '

Thursday, August 7, 2008

.. learning issue: ACROMEGALY






yesterday, last day at Medical ward

short case : spot diagnosis --> Acromegaly (ketumbuhan kelenjar pituitari)
( microadenoma size tumour <1cm
macroadenoma size tumour>1cm)


buat pak cik n encik
sabar yer
saya dan kwn2 doakan kesejahteraan selalu
terima kasih coz kami banyak belajar smlm
hanya Allah jua yg layak membalas jasa


p/s: 08:08:08 am at 08/08/08
(gue breakfast ngan adik kesayangan)

12:15 noon new castle , kltn
'status : after lunch'



Wednesday, August 6, 2008

...keluarga SAKINAH..

Cerita ini cerita benar yang diceritakan oleh seorang ustazah.
Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.Si suami seorang guru penolong kanan.

Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah.Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi(yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman...

cuba kita tanya diri kita sendiri...-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???subhanallah.

..Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...Bagi saya, x cukup hanya mengharap anak2 menjadi soleh solehah spt ini, semuanya bermula dr ibu bapa..diri sendiri..jgn sampai satu hari anak2 kita menyalahkan kita apabila terjebak ke dlm kebejatan akhlak..nauzubillah iminzaalik. .

didiklah anak2 kita bermula dari sekarang, dari sebelum kita mendirikan rumah tangga lagi. kerana anak2 akan mewarisi akhlak dan tingkahlaku ibu bapa mereka, tidak kiralah sewaktu kecil, muda, mahupun sudah tua.jom pakat didik diri kita dulu, sebelum kita didik anak2 kita kelak...


1.37 pm, new castle, kltn
'status: sleepyyy ZZZZZZZZ'

..LoVe"S CoLorSz..

ni gue copy n paste
suker bc article ni

Yang menarik di hujung komentar itu, penulis ada membuat ulasan berbunyi: " walau apapun namanya, cinta, selagi belum sah nikahnya, memang hubungan itu tidak sah, atas alasan apapun ia. Nah kalau ikhwah dan akahwat itu sengaja mencari alasan memperbolehkan ia, walaupun dan khususnya di masa-masa khitbah, maka ia kekal sebagai suatu alasan tanpa nilai apa pun".

HITAM, PUTIH & KELABU
Sejenak saya terfikir. Dan getus saya, hitam, putih dan kelabu. Itulah setepatnya tentang cinta. Yang mampu mengubah hitam itu ke kelabu dan seterusnya putih. Apa saja itu. Tentang yang boleh dan yang tidak diperbolehkan dalam cinta. Rasanya ruang ini tidak harus menjadi ruangbicara agama layaknya, kerana saya sendiri masih fakir ilmu berbicara soal itu. Tapi ruang berkongsi pengalaman dan melihat perubahan teman-teman dalam menafsir istilah cinta.Yang putih itu jelas. Yang hitam juga jelas. Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Tiada sangsi. Cuma, selangkah seseorang itu memasuki fasa pertunangan, khitbah, ceritanya lain sekali. Pasti, dan pasti itu bersandar pada pengalaman, definisi hitam dan putih itu tadimula berubah. Jadi kelabu. Dan kelabu itu pula semakin banyak dan membesar.

FASA KHITBAH (PERTUNANGAN)
Fasa pertunangan merupakan cabaran terbesar bagi setiap individu. Sebab anda berada dalam alam antara `haram' (sebelum ada apa-apa hubungan), dengan yang `halal" (selepas perkahwinan) . Walaupun jelas dalam Islam, fasa pertunangan tidak membawa apa-apa kuasa dan tanggungjawab, tetapi itu soal fiqih. Soal hati anda seolah telah mampir menjadi suami atau isteri kepada seseorang.Di situ masalahnya. Contohnya soal berhubungan. Sebolehnya dibatasi, walaupun sebahagian besar ulama memperbolehkan. Tetapi pastinya dengan pemantauan dan adab-adabnya. Tetapi bagi `pasangan' yang dalam tempoh ini, kadang-kadang itu terlepas juga kata-kata rindu-rinduan, sayang-sayangan, cinta-cintaan. Kata mereka itu berlaku out of control. Akibat perasaan dalaman untuk mendapatkan kepastian tentang cinta mereka. Kalau bicara soal fiqih, mungkin ok. Tapi tentu sudut tasawwuf (dalam erti kata yang luas), ketundukan hati, dan kekhusyukan, itu pasti melemahkan.Banyak insiden-insiden yang berlaku di sekeliling kita. Ia tak perlu diungkapkan dengan kata-kata tapi cukup jelas kelihatan dengan pandangan mata kita. Perilaku dan tindak tanduknya menunjukkan seolah dia tahu perbuatan itu hitam, tetapi akan terus mencari justikifasi untuk memutihkannya. Maka jadilah ia kelabu.Saya malas nak berbicara panjang. Bagi saya mudah. Ya, yang akan melangsungkan pernikahan, cepat-cepatkan. Saya khuatir endingnya nanti lain kalau dilambatkan. Tapi kalau yang sudah bertunang tapi pernikahannya lambat lagi, pandai-pandailah. Apa pun alasan anda, hanya anda yang akan menjawabnya kelak. Yang pasti selagi peradaban manusia ada, ruang kelabu itu pasti lebih mendominasi. Hitam, putih, dan kelabu dalam cinta.

CINTA & ORANG DAKWAH

Cinta itu menggilakan manusia. Mungkin juga benar. Sebab kita manusia, dan sejarah telah menjadi saksi jatuh bangun bangsa ditentukan oleh cinta. Cinta yang macam-macam ragamnya. Cinta tuhan, cinta hantu tahyul, cinta perempuan, cinta lelaki idaman, cinta harta, cinta pangkat dan jawatan. Cinta menjadikan manusia obses.Dalam ruang bicara dakwah, ruang kelabu inilah yang menjadi sandaran. Jangan berbicara soal besar, kalau dalam fatrah (tempoh) pertunangan anda gagal memutihkan yang putih dan menghitamkan yang hitam. Anda duduk dan kekal dalam ruang kelabu itu. Ingat!! Sebagai orang dakwah, anda menjadi cerminan Islam. Walaupun tidaklah selalunya betul. Tapi orang lain beranggapan begitu, dan akan menadikan perbuatan anda hujah untuk mereka melalukan sedemikian.


"YANG DAH ADA, CEPAT-CEPATKANLAH (jgn takut, yang penting kita lakukan kerana takutkan azabNYA, nescaya ada jalan keluarnya)...DAN KEPADA MEREKA SEDANG MENCARI, JANGAN MENCARI SEKIRANYA BELUM PASTI, TAPI CARILAH UNTUK DIKAHWINI, YANG PENTING IKHLAS KERANA ILAHI, INSYA ALLAH DIBERKATI"

12.39 noon new castle, kltn
'status: berhenti mencari'

..U have no EXCUSE.. part 4...



..U have no EXCUSE part 3..





sorang VS jemaah

..U have no EXCUSE part 2..






sambungan pemandangan
keselesaan VS tanggungjawab

..U have no EXCUSE...





jarang gua nak tengok pemandangan ni kat Malaysia
especially Key ell
kecuali jln Masjid India
masa solat Jumaat


special men in my live












meh gue nak share
what so special bout this 2 men

sorang Ayahanda gue
n sorang lg adik kesayangan gue
pictures ni masa mancing kat Port Klang


juz nak bgtahu
Ayahanda saya memang tekankan sgt soal membaca

b4 this since primary school
ayah yg selalu beli gue buku2 cerita , buku motivasi dsbg
tapi since masuk U ni
ayah aku dah x belikan pun
tapi aku addicted to buy books
so, skrang aku spend at least rm 50 per 2 months untuk beli buku2
tapi kalo buku2 tu memang best.....
lari budget pun xper
kalo balik kl
aku wajib gi MID
pastu g MPH
bertapa baca buku2 dalam tu
mak aku selalu marah
kalo aku baca buku
sampai makan pun x ingat
padahal aku bab2 makan ni, pantang

banyak ilmu baru bila kita baca buku selain buku akademik
bila kita baca buku.. byk advantage
antaranya , ilmu kita bertambah
ilmu yg bermanfaat sbg makanan rohani
ilmu tu kita boleh sebar2kan

thanks so much Ayahanda
this was the best attitude that u teach ur daughter
bout adik kesayangan gue tu
memang dia ler penghibur aku bila aku berduka
dia memang yg paling bongsu
tapi kalo bercakap
dia lagi matang dari kakak dia yg sulung
erm, bila rindu jer
aku ler msg dia
tapi selalunya msg gue x berbalas
coz dia x der credit
hehe , aku call ler plak pastu
actually ader lagi sorang lelaki yg penting dlm hidup gue
sorang lg adik laki
nama dia Faiz , form 5 skrang
next time plak story pasal dia
6.27 am new castle, kltn
'status : post call'