Sunday, March 29, 2009

..~HaWa...~

Hawa,

Sedarkahengkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kitadicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebisoleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alatuntuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islammenyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, danmendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan diduniaini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargainikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaatiajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapamasih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa, Tanganyang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisamengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang solehsolehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat sertamemberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkanislam di mata dunia.

Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncangkeimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, denganlengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakankehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaumadam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukansuamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencianAllah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalahjala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalammenyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja ,jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudahbersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkauseorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkanad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin ,jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanitayang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmuhanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yangmenampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikatkaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsangnafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimkerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa kesalam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan daripertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelakiyang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilihwanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanitamelalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang imanmereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melaluiakhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidakmenginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya keranadia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yangwarak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalamsebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu

Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkanpendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanyacinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akanmembahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikalasusah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang jugamenyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehikeredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cintakeluarga. Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yangmengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaanIllahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaumAdam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

No comments: