Sunday, December 28, 2008

~... Walimatul Urus ....~

asalamulaikum warahmatullah sahabt2....
ntah rasa xder idea sgt nak mencoret dlm blog gue ni....
tapi dek desakan shbat2 yg suruh ISTIQAMAH....
hehehe..... gue gagahkan memikul jari-jemari menaip ....
dek kerna skrang ni musim cuti sekolah...
yg sinonim gak adalah musim org2 ramai mendirikan masjid...
so, dikesempatan ini ...
gue nak ucapkan tahniah... kpd semua pasangan pengantin merangkap RAJA SEHARI
especially wat Naqibah gue and my beloved best friend ms kat KMPP
maaf , dek kesibukan menghadapi xm orto br ni
x dptler nak memenuhi undangan kalian
namun satu yg gue yakin sampai ke majlis kalian
doa2 gue buat kalian

wahai insan,
bersyukurlah dan berbahagialah kalian kerna telah sempurna sebahagian dr agana kalian
dan yg paling penting , beruntunglah kalian kerna telah menemui PERMATA YG DICARI selama ini
tersembunyi kerna Allah kasihkan kalian
mengelakkan dari dosa dan fitnah.......

kat sini gue sertakan lirik nasyid skali k

HaDirnYA tAnPA kUsEdARi
MeNgGaMit KaSiH CinTa Bersemi
hAdiR cInTa InsAn PaDa Ku iNi
AnuGerAh KurniAaN ILAHI

LembUt TuTuR bICARanYA
mEnArIk hAtiKu Utk menDekatiNya
KesopanAnnyA MemiKat Di Hati
MendAMaikan JiwaKu yg Resah ini

Ya ALLAH jIKa dia Benar unTukku
DekAtkanLaH HatiNya denGan HatiKu
Jika dia Bukan mIlik ku
DamaikAnlah hAtiku dGN Ketentuanmu

Dialah pErMata Yg dicari
sElaMa ini Baru KuTemUi
tApi Ku tak Pasti Rencana ILAHI
aDAKah dia kAn kU mILIki

Tidak sEkAli di nodai naFsu
AkaN kU bATasi dgn SyariatMU
jIKA dIrinya bUkan UntuKku
Redha haTiku dgn KeteNtuanMU


Ya ALLAH EngkaULah TemPat ku BergAntuNG hARaPan
Ku Ku haRap Diriku SeNtIasa Di bawah RahMatMU




8.09 am , 1 Muharram 1930 H, 29 Disember 2008
status: long vacation

Monday, November 10, 2008

.. Mum's LOVEEEEEE

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: muslimsgenerationeditor : kasihsayang

Seorang ibu sentiasa mendoakan anaknyaSambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA. "Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.


******Bismillahirrahmanirrahim. Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.
Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.WassalamSalam sayang,Emak

promo Married Course MPI 09

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri
tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2,
carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya
ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat,
akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut ,
tatkala cuba mendaki naik


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yanglama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Thursday, October 23, 2008

..WaNiTa iTu CaNTik...

WANITA ITU CANTIK


Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Setiap Wanita itu Cantik... oleh itu..hargailah..pengorbanan..seorang wanita...

...STAR 5 - 1 CINTA...

ku memohon dalam sujud ku padaMu
ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa
meneguhkan pendirianku.....keimananku
ku memohon dalam sujud ku padaMu
ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa
meneguhkan pendirianku... keimananku
Engkau Satu Cinta
yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cintaku kpdMu
walau 1000 rintangan
kan menghalang dalam diri
ku teguhkan hearty ini
hanya padaMu....
Ku pasrahkan....
Engkau Satu Cinta
yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cintaku kepadaMu
Walau 1000 rintangan
kan menghalang dalam diri
ku teguhkan hearty ini
hanya padaMu..
Ku pasrahkan...
Oh Tuhan...
selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan...
jauhkanlah hamba ini
dari hidup yg sia-sia
Engkau Satu Cinta
yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cintaku padaMu
walau 1000 rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hearty ini
hanya padaMu...
kau satu cinta
yang selamanya yg aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cintaku padaMu
walau 1000 rintangan
kan menghalang dalam diri
ku teguhkan hearty ini
hanya padaMu.... (2x)

** personal VS professional **

Assalamualaikum ..........

kehidupan ini penuh dgn rahsia dan misteri.......... sampai kadang2 tak mampu nak memikirkan hikmah disebalik semua kejadian yg menimpa diri.......

personally , bila posting kat NICU skrang ni.... belajar 1 nilai yg sangat penting ....REDHA ... kat sini ramai2 baby2 yg prem n term wif multiple complications.... kecik jer baby yg prem , aderla sebesar tapak tangan gue ni..., yg term , besar n gebu2 plak... infant of diabetic mother... 4kg..yg ni terasa kalo gue dukung.... hehe, semangat.....

professionally, we must think of how to treat da best this all babies....du no HARM...
bak kata nurse , cuba bayangkan this baby is ur baby, ur brother n sister or sumbody u love...
wrong management , we 'KILL' those baby....






Personally , when we got a problem , we always think of shortcut right?? never bother bout other peoples.....we become soooooo selfish.....actually we dun solve our problem in that condition, sumtimes it worsen our problem and burden our mind....soooooooo tension....

Professionally , we better take a deep breath... calm urself first..... better to pray...
coz emotion is always from Syaitan.....dun make a decision that will effect others...plzzzzzzz



to be somebody..... we need an extra effort....
to be anybody.... we need as usual effort....
to be nobody.....we need a affort to think it back...

personally , when i already give-up wif anything....
i always ask myself , what is my vision , what is my target....


professionally , we should thank to Allah for every ni'mat He gave n still give n will give...
and ask 1 question, what is my contribution to Islam.... n then we will get the energy back to go through all this kind of difficulties.....



Personally, we always change, we always gain knowledge , we always see other people who were not as lucky as urself .

professionally , we should behave like our knowledge improve and be more mature .

'dun u ever wish , u were sumone else' ALLAH knows best for us.....

7.14pm , New Castle Kltn

'status: identity crisis??''












Sunday, October 19, 2008

...~ Luangkan masa utk ALLAH~...

Allah suka akan amalan hambaNya yg ISTIQAMAH...... biarpun sedikit tetapi amalam istiqamah tu memberi impak kpd hearty kita..... gue pernah cuba...... katalah hari ni nak tambah drpd sepipi kepada 5 pipi Al-Quran sehari.... amalan ni leh bertahan dlm 3 hari jer..... pastu x baca langsung plak.... so mana baik?? hari2 baca ker... walaupun sepipi sehari..... huhu ..... atau 3 hari baca 5 pipi n then x baca 4-5 hari... sedangkan hearty kita ni selalu buat maksiat , 3 hari x dgr tazkirah leh jadi ekras kan?.... tulah Allah tahu aper yg terbaik untuk kita......


satu lagi bacaan ma'thurat, gue rasa amalan zikir ni baik .... cuba kita check terjemahan ma'thurat..... indahnya pujian2 Nabi pd Kekasihnya....... tapi kita yg banyak buat khilaf.... sellau jer terlupa nak baca.... walhal x sampai 10 minit pun........... mari muhasabah diri, koreksi peribadi..... sumtimes kita kena paksa lah diri.... nnt dah lama2 baru mudah k......




kat sini , gue salin balik maksud dlm doa' Ma'thurat k
sama2 kita hayatinya.....



Ya Allah,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMu
serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintahMu
Ya Allah,
kurniakanlah kami iman yg sempurna,
hearty yg kusyuk,
ilmu yg berguna,
keyakinan yg benar2 mantap,
Ya Allah,
kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul ,
selamat dari segala mara dan petaka,
kami mohon Ya Allah,
kecukupan yg tidak smapai kami terpaksa meminta jasa org lain
berikanlah kami Ya Allah ,
IMAN yg sebenarnya,
sehingga kami tidak lagi gentar,
atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri,
kembangkanlah lembahyung rahmatMu kpd kami, keluarga dan anak2 kami,
serta sesiapa shj yg bersama2 kami
Jangan Ya Allah,
Engkau biarkan nasib kami ditentukan diri kami sendiri,
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek dari itu,
Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenanlah.




dan diakhiri dgn DOA RABITAH.....
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hearty2 ini (org yg telah dibayangkan td) telah berkumpul,
krn mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hearty2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah Ya Allah,
akan ikatannya yg sebenar,
Penuhkan piala hearty ini dgn cahaya RabbaniMu,
yg tidak kunjung malap,
Lapangkan heart2 ini ,
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kpdMu
Hidup suburkan hearty2 ini dgn ma'rifat , pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentaqdirkan kami mati
maka matikanlah pemilik hearty2 ini sbg para syuhada
dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong....



Akhir kalam..... Biarlah dalam hidup ini , kita mendapat redha Allah.... kita khuatir kita mendapat 'REDHA MANUSIA dlm MURKA ALLAH' . Nauzubillah.......

peruntukkanlah masa kita untuk Allah... Nescaya Allah akan meluangkan 'masaNya' untuk kita.... berdasarkan pengalaman diri ... tatkala gue kata hari ni, x nak g surau, x nak g kelas agama ( setiap ptg kat suray Murni) alasan nak study.....tahu aper jadi?.... gue tido kat bilik.... Allah nak tegur kita kan.... Jangan anggap bila kita baca Al-Quran , bc Ma'thurat, g Surau untuk Solat Berjemaah, g Kelas Agama..... masa kita x cukup... m

itulah peri pentingnya keyakinan hearty dan janji Allah dlm mengurniakan kEBERKATAN MASA..... bersabarlah wahai hearty dan diri.....Jangan mudah mengeluh dan berputus asa k...

5.45am , New Castle Kltn

'status : Post-SAHUR'


Friday, October 17, 2008

...StAy da SaMe....

don't u ever wish
u were sumone else
u were meant to be
the way u're exactly
don't u ever say
u don't like the way u are
when u learn to love urself
u better off by far
and I hope u always stay the same
coz there's nothing bout u
I would change
I think that u could be
what ever u wanted to be
if u could realise
all the dreams u have inside
don't be afraid
if u've got sumthing to say
juz open up ur heart
and let it show u the way
believe in urself
reach domw inside
the love u have
will set u free
believe in urself
u will come alive
have faith in what you do
u'll make it through
remember...
Allah knows what the best for us
say TQ Allah...

.. Would you be my 2 nd wife???....

Assalamualaikum.....

dalam keterbatasan ruang waktu yg gue miliki skrang.... x mampu lagi gue nak menulis blog ni mcm dulu....tapi hari ni terpanggil nak baca e-mail yg satu ni... yg special jer bunyinya.....

dari email adik mimi haniza ni , tajuknya Alangkah bahagianya wanita yg ingin dimadukan... baca tajuknya pun cam best jer.... at the endddddddddddd....... wah!!! sastera nyer bahasa lamaran ... nak tahu baca ler ... gue baca 2 kali dah.. hehe...



Sepahit Madu
Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah."Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkanhati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengansuara tersekat-sekat.Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandangperlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapilagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya."Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapirupa-rupanya… " Fatimah mula sebak."Tak. Maksud saya…""Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimahdengan kasar."Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggupmelamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini.Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudunglabuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanyaapabila memujuknya untuk bermadu.Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasihhatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannyaterhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkanjadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yangdiyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwahyang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia dihari kelak.Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangihati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calonsuami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yangmenaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangihati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun,hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimahnampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwahmembantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikrisemakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjakdari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Diaterlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Diamenghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada diamenjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikridikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pastimembawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinyaadakah sama seperti Fatimah atau tidak?Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Diameminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabatterdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernahditanya kepada Fatimah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segansilu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yangtenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupunkecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri."Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Fikri tersenyum.Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerakkerja dakwahnya selama ini.Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasadakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannyadisedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampumungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluarberdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakinisebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerjadakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadipembantut atau penghalang dakwah suaminya."Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam keretasewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah."Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu."Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya."Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikitke arah Nusaibah, sambil tersenyum."Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalamgerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteripertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikriaktif dalam dakwah sebelum ini."Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegangbeg berisi fail ditangannya.Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalumenoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta."Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemahtersebut."Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arahjari Fikri."Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya."Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang."Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…



'7.52 pm New Castle , Kltn'
'status: post- buka'

Sunday, October 5, 2008

...Kemeriahan Aidilfitri...


Assalamualaikum .... Salam Aidilfitri.... maaf buat sahabat2 yg gue x sempat nak reply msg Raya last week....maaf jua buat sahabat2 yg gue x send msg Raya... tapi kemeriahan memang dirasai sumer orang kan....

Ramadhan 25-28

besahur , berposa n berbuka wif family
kecoh bila kejut sahur
mcm2 ragam... hehe

tahun ni sempat wat kuih raya
siap hangus2 lagi
hahaha
mujur x rentung muka

ayahanda gue siap beli panjut
murah jer
rm 1 satu panjut
seronok sgt main bunga api ngan Nabil


Cam biasa la, gue balik kg d Tg Karang. terharu sgt bila kepulangan kita diraikan.

Ramadhan 29
Embah (panggilan nenek bg org Jawa) wat Soto wat berbuka posa , ermmmm mmg sedap...

Ramadhan 30
gue sekeluarga g buka posa kat umah wan plak (wan tu panggilan untuk nenek bg org melayu Selangor). Actually parents gue sekampung.... selang selorong jer...
budcjet ler... siap leh jalan kaki jer.

Malam Raya tu gue siap main bunga api lagi (Amaran: jgn tiru perangai gue ni... merbahaya)
Berakhirnya Ramadhan dlm sekelip mata jer
esok dah raya ......................................

pagi raya , kejut adik2 sumer bangun , mandi sunat , makan ketupat n rendang .... n then g Solat Sunat Aidilfitri....................................
ramai giler org....
mjur ler tok Imam tu briefing b4 solat
gue x ingat dah... Setahun skali ler katakan..........

best gak khutbah pagi raya
ader ler sdkit tazkirah buat gue
balik sembahyang.... smbg makan lagi... hehe
pastu baru sesi bermaaf2an
hehe menangis2 ler
sedar diri pun byk dosa yer

pastu siap ader sesi fotografi
wat kenangan ngan embah lanang n embah wedok
lanang tu -male wedok tu -female

baru g umah wan n atok
tangkap gambar gak
tahun ni meriah sangat
terasa cam bahagia jer




ni pic ayahanda n pak su gue.... gue yg amik pic ni.... nak tahu naper senyum lebar tu.... coz gue cakap ... ok2 kita wat kenanagan gambar BN n PAS bersalam2an , bermaaf2an....

tahun ni family gue punya tema baju raya BIRU.... tapi gue cam biasa ler still purple gak...maaf yer bonda... anakanda lari tema....

!~1st day Raya.... sbb gue x jg makan ... diarrhea ler...esoknya mmg kena warning dgn parents jgn makan cmpur2.... takut sakit perut lagi

balik KL... kemas umah... bonda gue nak wat Soto lagi... nak jamu tetamu istimewa.. dr KG.. wan, atok, acik, k zura , angah n nek poji.... gamat umah gue...

ermmmmmmmm, mlm dah nak balik.... slmat menyambung pengajian yer
..

7.17am , New Castle , Kltn
'Status: Syawal 6.... x start lagi posa 6...'

Wednesday, September 24, 2008

..Ramadhan 25....

Assalamualaikum sahabat2 dan adik2 ,
pejam celik pejam celik dah sampai Ramadhan 25 kan .... Apakah kita menemui malam Lailatul Qadar atau terlepas....Sama2 lah kita doa k.....
Muhasabah diri... dari segi amalan , tadarus , kualiti puasanya dsb....

jujurnya gue rasa terkilan sdkit... ada rasa kekurangan dari segi amalan tahun ni... ujian kesakitan hampir sebulan ....get easily lethargic .... jadi bnyak masa gue habiskan untuk tido...

cemburu pada shbt2 lain yg cergas... leh wat macam2 amalan sunat....
banyaknyer pahala mereka... banyaknya tanda kesyukuran mereka....


bertali arus dugaan tiba , menakung sebak airmata , namun x pernah pun setitik , gugur berderai dipipi , tidak ditempah hidup sengsara , suratan nasib yang melanda , menongkah badai bergelora, diredah bersendirian

bagaikan camar pulang senja, patah sayapnya tetap terbang jua , sekadar secicip rezeki , buat sedang rindu menanti , segenggam tabah dipertahankan buat bekalan di perjalanan, kau bebat luka yg berdarah , kau balut hearty yg calar

telah tertulis suratan nasibmu , derita buatmu ada hikmahnya , terlukis senyum dibibir lesu, x siapa tahu heartymu , biarpun keruh air di hulu , mungkinkah jernih di muara , biar pun jenuh hidup dipalu , pasti bertemu tenangnya ..............

tidak ditempah hidup sengsara , suratan nasib yg melanda, menongkah badai yg bergelora, diredah bersendirian , bagaikan camar pulang senja , patah sayapnya tetap terbang jua , sekadars ecicip rezeki buat yg sedang rindu menanti , segenggam tabah dipertahankan , buat bekalan di perjalanan , kau bebat luka yg berdarah , kau balut hearty yg calar

telah tertulis suratan nasibmu , derita buatmu ada hikmahnya, terlukis senyum dibibir lesu, x siapa tahu heartymu, biarpun keruh air di hulu , mungkinkah jernih di muara, biarpun jenuh hidup dipalu , pasti bertemu tenangnya .................


hari ni , g wad 6U , 4 hari lepas g HKB jer.... so arini g wad HUSM plak........ best gak pagi ni... self study...self ward round....hehehe... ngan fiah, fizah n yati.... banyak belajar minggu ni..

b4 ni gue x nak tinggal O & G , x nak masuk posting paed.... tapi dalam minggu ni , xderlah tension2 ..... psychology kot....

pengajaran terbesar untuk hari ni.... SABAR.... dan REDHA. kenapa ??? sebab tadi masa wardround , gue dapat rasakan tahap kesabaran & ketabahan parents yg anak 2 diorang masuk wad...

ada yg anaknya Cerebral Palsy la , Febrile Fit , Asthma dan Congenital Biliary Atresia... penyakit yg berbeza... tapi parents masing2 memahami perasaan masing2.......

pengalaman dikongsi dgn pelajar Medic mcm gue ni.... bak kata Prof Zab, the parents is the text book of their child's dz.... tanya ler parents... jawapan sama cam dlm text book...



Jam skrang kul 2.20 ptg.... hehe ... gue menanti malam... nak balik umah mlm ni....adalah dlm lebih kurang 7 jam lagi... bersahur aper yer esok dlm bas..... x sempat nak sahur kat umah...

moga Allah mempermudahkan segala2nya ......gue nak ucapkan ribuan terima kasih pada sumer shbat2 , from the bottom of my HEART , seribu kemaafan ku pinta , aku hanya insan biasa , x lepas dr melakukan kesilapan, kemaafan kalian amat aku harapkan dan mahalnya sebuah kemaafan dari ayahanda dan bonda tersayang....

p/s: dulu2 ader sahabat kata , kalo rindu pada sahabat , dongaklah ke langit , lihat bintang di malam hari .... begitulah kita pada pandangannya jua , bersinar dan bercahaya...... jadilah sahabat yg apabila ditatap wajahnya , mengingatkan kita kpd Allah dan menjadi tenang.....

2.32 pm , New Castle Kltn

'status: balik kg .... hohoho balik kg...'

..Ramadhan 24...

sebelum ku teruskan.... entry ini tidak berkaitan dgn gue... sekadar perkongsian ilmu shj k..... sbg renungan muhasabah diri...


Sesungguhnya pernikahan itu menyempurnakan sebahagian agamamu ....
2 tahun ni memang aku cukup terkilan.... undangan sahabat2 dan sepupu2 ke walimatul urus x dpt ku penuhi.... bukan aku x sudi... tapi kekangan masa dan amanah di sini memaksa aku membuat pilihan untuk mendoakan kebahagian mereka dari negeri org.....


if dulu2 , teringat masa nak berpisah .... after SPM... aku ler pesan member2 gue , kahwin jgn lupa jemput.. coz aku kata aku wajib g majlis member2....
sbb kebahagiaan member2 sek. adalah satu kenangan yg tersemat kukuh di sanubari..... too much sweet memories.... too much...


tapi skrang.... jemputan pun x ku penuhi... inikan pula bertanya khabar....
mujur pertunangan best friend aku leh g... if x g muncung panjang ler jawabnyer.... jenuh nak memujuk plak.......




setakat ni member2 gue yg kahwin lum ader cahaya mata lagi.... aku siap pesan kalo diorang dah dapat anak... call me aunty shaz yer... bukan mak cik shaz ... hehe.... nak jg standard konon nyer.... padahal memang umur dah banyak...

aku juz pesan kat diorang ,once korang kahwin.... tanggungjawab tu sama2 la... so kena bertolak ansur... kena fikir hearty org lain... kena amik hearty parents mentua jg... so as a conclusion marriage is a transformation and reformation...

zahirnya mungkin perkahwinan melibatkan 2 insan , namun realitinya perkahwinan telah 'menyatukan' lebih drpd 2 hearty........


setiap insan dlm dunia ini mengimpikan sebuah keluarga bahagia.... dikurniakan pasangan yg beriman & bertaqwa... anak2 yg soleh & solehah...

barulah hidup ini terasa lengkap kan.....



walaubagaimana caranya.... jgn tersasar dr landasan ISLAM k.....
jgn bertopengkan islam dan kebaikan untuk melakukan kemaksiatan dan kerosakan di muka bumi ini....

jadilah role model untuk remaja2 di luar sana yg mengalami krisi identiti dalam memandu diri.... supaya kelak tiada lagi insan yg rasa tersisih dek dirinya bergelar anak tidak sah taraf ..... Wallahua'lam...


7.28pm , New Castle Kltn
'status : jasad di KLTN , hearty di KL'

Tuesday, September 23, 2008

... OnE vOiCe...

SATU SUARA - kumpulan FIRDAUS



berkarang memori semalam
terasa hangat masa silam
bagai sinar yang tak terpadam


ketenangan raut wajahmu
sesegar tulus senyumanmu
mesra dan ceria menguntum


disaat kala kau dan aku
datang menang kunjung


kenangan bahgia bersama mu teman
terukir jelas di ingatan
tidakkan bisa untukku lupakan


walapun saat ini kita berpisah
jauh dari pandangan mata
jalinan ini takkan goyah
dengan rahmatNya


merenung detik2 lalu
kita terduga dan tersungkur
namun kecewa bukan penghujung


nyalakan obor kesabaran
mengenal detik pengorbanan
tersingkap rahsia jadi pedoman


kita masih disini
mengejar redha Ilahi

bersama kita alunkan satu suara
dengan irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya


bersama bergembira kata dan janji
kita jadikan realiti
satu impian cita seribu erti
perjuangan suci


mara melangkah tiada gentar
kembara cita ke satu arah
terus mencari Cinta yg Esa


bersama kita alunkan satu suara
dengan irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya


bersama bergembira kata dan janji
kita jadikan realiti
satu impian cita seribu erti


bersama kita alunkan satu suara
dengan irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya


bersama bergembira kata dan janji
kita jadikan realiti
satu impian cita seribu erti
perjuangan bersama
terus mencari CINTA yg Maha ESa

Monday, September 22, 2008

..Ramadhan 22-23







RAMADHAN 22

selaku pengarah MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUSLIMAT 2008
juz nak ucapkan jutaan terima kasih buat sumer adik2 dan shbat2 yg byk memnyumbang tenaga dalam menjayakan majlis mlm tadi
terharu tidak terkata bila diberi amanah menjadi pengarah program buat kali terakhir
sblm melepaskan jawatan sbg MPP tidak lama lagi


dan x dirancang , dalam persembahan istimewa dari kami senior2 final year
dendangan nasyid TEMAN SEJATI , kami mengalirkan air mata kesyukuran
terasa kehangatan ukhuwah yg sebenar setelah hampir 5 tahun
Allah jua yg mengerti perasaan indah ini


buat adik2, apabila diberi amanah memegang jawatan
ingatlah adik2 , bahawa bukan manusia yang melantik adik2
namun hakikatnya Allah yg melantik adik2 ,
kerna Dia mahu mentarbiyah secara direct
supaya ada perubahan dan peningkatan imanmu
Namun apa yg berani akak beritahu
Ada jaminan adik2 akan diuji oleh Allah
namun jgn bimbang
Allah tidak akan membebani hamba2Nya sesuai dgn kesanggupan adik2
mari akak share pengalaman
akak x byk ilmu tapi kalo nak share pengalaman
sikit sebanyak bolehlah
sbg contoh, bila akak rasa sangat hebat ujian Allah
rasa serba tak kena , rasa tak tenang
senang jer adik2
adik2 baca Al-Quran ....
kalo akak suka buka mana2 jer
and then try baca tafsir
mostly apa yg dlm Al-Quran adalah sgt rapat dgn kehidupan kita
tryler sendiri
ada 2 surah yg menjadi sandaran bila akak sgt sedih dan kecewa
surah Al-Maarij ayat 20-34 dan ad-Duha
disebalik ayat2 ni ada tafsiran yg tersirat
menangis2 bila baca surah ni
dan akak akan teringat Nabi kita
lagi hebat diuji
Adik2,
tarbiyah dari Allah adalah bukti tahap keimanan kita
kesabaran kita teruji tatkala bertali arus dugaan melanda
kadang2 tak sempat nak bangun pun lagi
kita tersungkur lagi dek kuatnya ujianNya
namun yakinlah Allah tidak pernah jauh
Allah sentiasa bersamamu
selepas tu
adik akan mengenali diri adik2 yg sebenar
dan akan merasai perubahan yg jauh bezanya
moga peubahan yg murni ini berkekalan
salam perjuangan yer
RAMADHAN 23
hari baru dgn azam baru
nak lupakan apa2 yg berlaku within this 1 week
jgn bersandar pd kenangan
jika impian bisa digapai
-sumtimes , something are better left unsaid
-picture tells everything
kadang2 non-verbal communication lebih berkesan dari verbal communication
hehehe
adakah diam tanda bermasaalah
adakah senyum tanda bahagia
adakah menangis tanda kecewa
adakah ... adakah..adakah...
namun hearty jua tahu perasaan sebenar
mudah bukan mengesan
senyuman yg tidak ikhlas
tangisan yg dibuat2
dan sebagainya
apa yg penting heary tidak akan pernah menipu
hearty tidak akan membenarkan kebatilan
jagalah hearty sebaik2nya
dari hearty penentu baik buruknya tindakan
jadilah dirimu hambaNya , anak , kakak , pelajar , sahabat yg cemerlang
bahagiakan insan2 disekelilingmu
kelak kamu adalh insan yg paling bahagia
dek kerna terbiasnya sinaran kebahagiaan



















Sunday, September 21, 2008

..Ramadhan 21...



indahnya hidup dihargai teman,

dihadiahkan diri sebuah kebahagian,

Allah jua yg mengerti ,

terlalu bersyukur hingga bercucuran air mata.


teman,

mengapa perlu ada pertemuan

andai nanti bakal terjadi perpisahan

walau ku tahu itu semua

lumrah kehidupan



teman,

kita manusia biasa,

andai mati punca perpisahan

ku mohon 1000 kemaafan

andai pernah melukai heartymu



teman,

bersabarnya dirimu dengan kerenahku,

yg kekadang x tentu anginnya

namun dirimu begitu setia

tulus menghulurkan kemaafan



teman,

di saat ku berduka

kau insan pertama di sisi

di saat ku gembira

kau insan pertama di sisi



Ya Allah

terima kasih pdMU

diatas anugerah seorang teman sepertinya

yg bergelar adik






2.00 pm , New Castle Kltn

'status: membilang hari menempuh lembaran baru'






... jajaka acuan Al-Quran...


Saturday, September 20, 2008

... cinta anta anti...


“Rasa Cinta Pasti Ada Pada Makhluk yang Bernyawa!”(Gambar Sekadar Hiasan)
Email yang diterima dari Akhi Mu’ammar bertarikh 21 Mei 2005
(Semoga kita beroleh nasihah, semoga kita taubat nasuha).

Date: Sat, 21 May 2005 01:47:01 +0100 (BST)From: ”Mu. ammar” <mujahidsolihin@yahoo.co.uk> Subject: Aku tinggalkan Cinta Kerana DIATo: ”Mukhtar Suhaili” <al_akhyar81@yahoo.com>

Wahai saudara seagamaku, saudara MUHTAR bin SUHAILI yang saya hormati (Saya sering ziarah ke weblog saudara.. Teruskan perjuangan saudara lillah).

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organiasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah SWT, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual deangan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.


“Wanita Hiasan Dunia.. Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah!”
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya Allah, sekiranya Allah SWT panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

Pesan saya buat saudara MUHTAR, sekiranya tiada penawar berbisa, jangan cuba mencari cinta manusia, kelak dirimu akan binasa.. Jika cinta manusia datang menduga tanpa diminta kehadirannya, maka bercintalah kerana-Nya.

Dan lagi satu.. hargailah.. sayangilah seseorang itu… kerana ALLAH SWT.. Cintai dia seikhlasnya atas dasar visi destinasi perhubungan sesama pasangan itu adalah kerana nawaitu murni iaitu aku ingin memiliki dan mengahwininya demi menyempurnakan SUNNAH RASULULLAH SAW dan kerana ALLAH SWT.

“Keluarga Bahagia.. Mengimpikan syurga sebelum Syurga!”
MUHTAR, beringatlah;

“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya.”

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa ‘alaihis salam dan puteri Nabi Syuaib ‘alaihis salam beribu-ribu tahun dahulu?

Wallahu a’lam.

SOHABAT Barumu;Mu’ammar, Mafraq, Jordan
mujahidsolihin@yahoo.co.uk


~ tak terucap dgn kata2 bila membaca entry ni
aku amik dari blog mukhtarsuhaili
jazakillah sahabat
kadang2 peringatan begini yg sangat2 aku perlukan


walaupun sekuat mana iman kita
namun bila datang bab perasaan , hearty
terlajak dari landasan syariat
ikhtilat itu penting dalam menjaga kesucian maruah


ISLAM IS THE WAY OF LIFE
sgt indah , sungguh sempurna
semuanya dijaga , semuanya ada peraturannya
moga insan yg berfikrah mampu
menjadi role model untuk shbat2 di luar sana


Setiap manusia tidak pernah terlepas
dari melakukan kesilapan
kita hanya manusia biasa
yg memerlukan usaha luar biasa
bukan menentang atau melawan fitrah
tetapi kita perlu mengawal perasaan
menyalurkan fitrah cinta ke jalan yg suci


tiada perhubungan selain perkahwinan
begitu mudah dari segi theoritically
hakikatnya Allah aangkan terus menguji
adakah benar prinsip pegangan kita


sahabat2 yg aku kasihi ,
tiadalah aku berdaya jua menghalang perasaan itu hadir
kadang2 hadirnya tdk diundang
perginya tdk berpesan
yg penting BERDOALAH dan terus BERDOA
supaya Allah menjaga kita
dan bakal pendamping hidup kita drpd fitnah


tiada redha ALLAH bersama kemaksiatan
peliharalah segala-galanya
nescaya bahgia yg dicari dibentangkan seluas-luasnya


buat sahabat yg masih mencari,
teruskan jua BERDOA krn
berdoa itu senjata mukmin
cepat , lambat itu terpulang pada
ketentuan rezeki masing2 k


setakat itu shj
moga kekuatan hadir bersama ketenangan
moga dihadiahkan pendamping hidup yg terbaik
seandainya pernah kecewa
yakinlah ALLAH akan gantikan insan
yg lebih baik buat kita
so, bila kita kecewa
jgn berkabung
tetapi tersenyumlah gembira

menanti saat dipertemukan
insan yg lebih baik
InsyaALLAH
so, sbg persiapan
juz busykan diri untuk mencari ilmu
memperbaiki amalan
perlengkapkan diri dgn skill2 yg sepatutnya

MENJADI SOLEH/SOLEHAH bukan MENCARI SOLEH/SOLEHAH
ERTI HIDUP PADA MEMBERI


~..ku doakan agar kau kan bahgia.... ku doakan agar tiada lagi deritamu....~
senyuman sahabat adalah penawar kedukaan jiwa



6.03 am , New Castle Kltn
'status: NEW HEART , NEW HASRAT ~