Wednesday, August 6, 2008

..LoVe"S CoLorSz..

ni gue copy n paste
suker bc article ni

Yang menarik di hujung komentar itu, penulis ada membuat ulasan berbunyi: " walau apapun namanya, cinta, selagi belum sah nikahnya, memang hubungan itu tidak sah, atas alasan apapun ia. Nah kalau ikhwah dan akahwat itu sengaja mencari alasan memperbolehkan ia, walaupun dan khususnya di masa-masa khitbah, maka ia kekal sebagai suatu alasan tanpa nilai apa pun".

HITAM, PUTIH & KELABU
Sejenak saya terfikir. Dan getus saya, hitam, putih dan kelabu. Itulah setepatnya tentang cinta. Yang mampu mengubah hitam itu ke kelabu dan seterusnya putih. Apa saja itu. Tentang yang boleh dan yang tidak diperbolehkan dalam cinta. Rasanya ruang ini tidak harus menjadi ruangbicara agama layaknya, kerana saya sendiri masih fakir ilmu berbicara soal itu. Tapi ruang berkongsi pengalaman dan melihat perubahan teman-teman dalam menafsir istilah cinta.Yang putih itu jelas. Yang hitam juga jelas. Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Tiada sangsi. Cuma, selangkah seseorang itu memasuki fasa pertunangan, khitbah, ceritanya lain sekali. Pasti, dan pasti itu bersandar pada pengalaman, definisi hitam dan putih itu tadimula berubah. Jadi kelabu. Dan kelabu itu pula semakin banyak dan membesar.

FASA KHITBAH (PERTUNANGAN)
Fasa pertunangan merupakan cabaran terbesar bagi setiap individu. Sebab anda berada dalam alam antara `haram' (sebelum ada apa-apa hubungan), dengan yang `halal" (selepas perkahwinan) . Walaupun jelas dalam Islam, fasa pertunangan tidak membawa apa-apa kuasa dan tanggungjawab, tetapi itu soal fiqih. Soal hati anda seolah telah mampir menjadi suami atau isteri kepada seseorang.Di situ masalahnya. Contohnya soal berhubungan. Sebolehnya dibatasi, walaupun sebahagian besar ulama memperbolehkan. Tetapi pastinya dengan pemantauan dan adab-adabnya. Tetapi bagi `pasangan' yang dalam tempoh ini, kadang-kadang itu terlepas juga kata-kata rindu-rinduan, sayang-sayangan, cinta-cintaan. Kata mereka itu berlaku out of control. Akibat perasaan dalaman untuk mendapatkan kepastian tentang cinta mereka. Kalau bicara soal fiqih, mungkin ok. Tapi tentu sudut tasawwuf (dalam erti kata yang luas), ketundukan hati, dan kekhusyukan, itu pasti melemahkan.Banyak insiden-insiden yang berlaku di sekeliling kita. Ia tak perlu diungkapkan dengan kata-kata tapi cukup jelas kelihatan dengan pandangan mata kita. Perilaku dan tindak tanduknya menunjukkan seolah dia tahu perbuatan itu hitam, tetapi akan terus mencari justikifasi untuk memutihkannya. Maka jadilah ia kelabu.Saya malas nak berbicara panjang. Bagi saya mudah. Ya, yang akan melangsungkan pernikahan, cepat-cepatkan. Saya khuatir endingnya nanti lain kalau dilambatkan. Tapi kalau yang sudah bertunang tapi pernikahannya lambat lagi, pandai-pandailah. Apa pun alasan anda, hanya anda yang akan menjawabnya kelak. Yang pasti selagi peradaban manusia ada, ruang kelabu itu pasti lebih mendominasi. Hitam, putih, dan kelabu dalam cinta.

CINTA & ORANG DAKWAH

Cinta itu menggilakan manusia. Mungkin juga benar. Sebab kita manusia, dan sejarah telah menjadi saksi jatuh bangun bangsa ditentukan oleh cinta. Cinta yang macam-macam ragamnya. Cinta tuhan, cinta hantu tahyul, cinta perempuan, cinta lelaki idaman, cinta harta, cinta pangkat dan jawatan. Cinta menjadikan manusia obses.Dalam ruang bicara dakwah, ruang kelabu inilah yang menjadi sandaran. Jangan berbicara soal besar, kalau dalam fatrah (tempoh) pertunangan anda gagal memutihkan yang putih dan menghitamkan yang hitam. Anda duduk dan kekal dalam ruang kelabu itu. Ingat!! Sebagai orang dakwah, anda menjadi cerminan Islam. Walaupun tidaklah selalunya betul. Tapi orang lain beranggapan begitu, dan akan menadikan perbuatan anda hujah untuk mereka melalukan sedemikian.


"YANG DAH ADA, CEPAT-CEPATKANLAH (jgn takut, yang penting kita lakukan kerana takutkan azabNYA, nescaya ada jalan keluarnya)...DAN KEPADA MEREKA SEDANG MENCARI, JANGAN MENCARI SEKIRANYA BELUM PASTI, TAPI CARILAH UNTUK DIKAHWINI, YANG PENTING IKHLAS KERANA ILAHI, INSYA ALLAH DIBERKATI"

12.39 noon new castle, kltn
'status: berhenti mencari'

No comments: